'Saya Sangat Kecewa'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal menjadi mangsa ‘tikam belakang’ orang kepercayaannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal susulan keputusan Naib Presiden UMNO itu keluar daripada parti. Najib berkata, kerjaya politik Shafie tidak mungkin berputik sehingga diangkat sebagai antara tiga teraju kanan utama UMNO jika bukan kerana pertolongannya.
“Saya tolong Shafie lagi banyak daripada apa yang dilakukan untuk (Ketua Menteri Sabah) Tan Sri Musa Aman. Musa sudahpun jadi Ketua Menteri ketika saya menjadi Perdana Menteri.
“Saya ‘angkat’ Shafie untuk menjadi Naib Presiden UMNO dari Sabah iaitu keputusan lantikan seumpamanya dan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia adalah peluang luar biasa yang dianugerahkan kepadanya.
“Jika bukan saya yang kempen untuknya, beliau tidak mungkin berjaya,” kata Najib ketika menyampaikan ucaptama dihadiri lebih 14,000 penduduk Semporna dan penyokong Barisan Nasional (BN) sempena majlis pelancaran Hab Pelancongan Semporna di sini, semalam.
Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Musa dan isterinya, Puan Sri Faridah Tussin selain pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran. Perdana Menteri berkata, percaturan untuk melantik Shafie dalam menggalas peranan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bertujuan untuk memacu kemajuan Sabah.
Bagaimanapun, Najib berkata, Ahli Parlimen Semporna itu memilih untuk tidak melaksanakan peranan yang diberi dan enggan bekerjasama dengan pelbagai pihak.
“Saya sudah nasihatkan Shafie berulang kali untuk bekerjasama dengan Musa, namun beliau degil dan tidak mengendahkannya,” katanya. Menyifatkan Shafie pernah dianggap sebagai kawan baik, Najib berkata, Presiden Parti Warisan Sabah itu bagaimanapun memilih untuk ‘tikam belakang’ selepas mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan ia ibarat ‘belati menusuk ke hati.’
“Saya sangat kecewa dengannya apabila beliau tikam belakang. Sakit daripada angkaranya teramat dalam sehingga menggigit tulang rusuk. “Masih boleh diterima andai tidak suka saya. Saya bukan suruh taat pada saya sebagai seorang individu, tetapi terhadap kepemimpinan parti dan kerajaan.
“Sudahlah bercakap pasal Shafie. Ia lebih menyakitkan apabila berbicara mengenainya,” katanya sambil menambah, konsep walak atau kesetiaan dalam Islam terhadap pemimpin, bukan individu sewajarnya dijadikan pegangan dan sandaran.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qsy63K
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment