BR1M Buat Pembangkang Terus Terkedu
Pengumuman tambahan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekali ganda kepada lebih 7 juta penerimanya oleh pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akujanji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nyata telah membuatkan pembangkang terkedu.
Selalunya Pakatan Harapan (PH) yang paling banyak berkokok apabila Najib mengumumkan insentif untuk rakyat. Kali ini mereka kena pukulan "knocked out" sekali lagi selepas BN bentang manifesto pada hari Sabtu lepas.
Ketika Bajet 2018 dibentangkan tahun lepas, pembangkang terkedu juga mendengar satu demi satu Bajet yang dirangka BN lebih baik berbanding bajet alternatif pembangkang. Baca pautan ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1830684716951997&id=697192853634528.
Boleh buang dalam tong sampah sahajalah manifesto pembangkang. Mahathir pun sudah mengaku manifesto pembangkang hanya untuk raih populariti semata mata, bukannya untuk dilaksanakan pun. Baca sini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1814844358536033&id=697192853634528.
Manifesto BN lebih reaslitik dan untuk rakyat. Pembangkang yang selalu "troll" akaun media sosial Datuk Seri Najib telah kalah. Selepas dua jam pengumuman manifesto, terdapat 13,200 reaksi dari netizen di Facebook Dato Seri Najib. 9,300 buat tanda "likes" dan "love" manakala hanya 2,900 sahaja buat tanda "angry".
Sejumlah 162,000 orang "viewers" dan 3,500 "share". Ini tanda rakyat suka dengan manifesto BN. Setakat boleh kata BR1M dedak. Itu sahajalah modal pembangkang. Jika BR1M adalah dedak dan umpan pilihan raya, kenapa PH turut memasukkan pemberian BR1M dalam manifesto mereka?
Mungkin kerana bagi PH, manifesto bukan satu janji maka belum tentu mereka akan melaksanakannya. Cuba lihat manifesto PH mengenai BR1M. Ia tidak menyatakan jumlah yang akan diberikan kepada penerima BR1M. Sebaliknya ia adalah umpan untuk menarik pengundi.
Tidak malukah, selepas menghina BR1M sebagai dedak dan rasuah, kini mereka mahu meneruskan program berkenaan yang telah diiktiraf oleh pakar ekonomi dan dunia. Ini adalah bukti PH tidak ikhlas ketika mengumumkan pemberian BR1M.
Dari segi pemimpinnya pun sudah nampak bagaimana mereka tidak menghargai bantuan itu malah pengerusi PH, Mahathir Mohamad masih lagi melabel BR1M sebagai dedak dan rasuah. Malah selepas manifesto PH dilancarkan, Mahathir masih mengulangi dakwaan itu ketika berucap pada himpunan haram Bersih di depan Parlimen baru-baru ini.
Mahathir tentu terlupa bahawa BR1M berada dalam manifesto PH tapi beliau masih memanggilnya sebagai dedak dan rasuah. Namun pada usia 93 tahun, tidak terkejut pun jika beliau terlupa. Orang tua akan menjadi nyanyuk sebab itulah Mahathir selalu terlupa. Kerana usia tua itulah Mahathir lupa apa yang dilakukannya dulu dan sebab itulah beliau banyak kali buat pusingan U.
Kepada rakyat Malaysia, khususnya penerima BR1M, biarlah Mahathir menghina anda kerana beliau tidak sedar betapa BR1M banyak membantu anda meringan beban kewangan. Mahathir sudah kaya, anak-anaknya juga sudah jadi jutawan, jadi sudah tentu beliau tidak hairan dengan BR1M.
Tapi Najib lain, beliau mahu membantu golongan sasar ini dengan memberikan bantuan wang kepada mereka. Ia merupakan tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyatnya, jadi jangan peduli penghinaan daripada Mahathir.
Apa yang penting ialah tolak Mahathir dan PH yang asyik mengulangi ayat dedak, padahal merekalah yang lidah bercabang. BR1M telah banyak membantu rakyat. Dalam manifesto PRU13, Datuk Seri Najib umum BR1M akan akan diberi sehingga RM1200 setahun. Jumlah itu telah pun ditunaikan BN. Bermula hanya dengan RM500 sahaja BR1M ketika awal diperkenalkan pada 2012.
Pada tahun 2013, sejumlah 6.8 juta rakyat menerima manfaat BR1M sejumlah RM2.9 billion. Pada tahun 2014, sejumlah RM3.64 billion dibelanjakan untuk BR1M kepada 6.96 juta orang. Tahun 2015, 7.44 juta penerima BR1M dengan peruntukkan RM5.35 billion.
Tahun yang dituduh Malaysia hendak bankrup dan muflis, tetapi negara tidak bankrup, BR1M tetap diteruskan lagi buat tahun kelima berturut turut pada tahun 2016 dengan peruntukan RM5.36 billion kepada 7.28 juta orang. Tahun 2017, 7.23 juta orang dapat BR1M lagi dengan jumlah RM6.31 billion.
Tahun 2018, sejumlah 6.48 juta orang dapat BR1M dengan peruntukan sejumlah RM5.35 billion. Jika terus mengundi Barisan Nasional, maka rakyat bolehlah menikmati tambahan BR1M yang diumum oleh Datuk Seri Najib pada hari Sabtu lepas. Jika salah memilih, apa pun tidak dapat, BR1M pun akan terlepas.
Beruang Biru
Isnin
9 April 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vlu2Y4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment