Hi! Welcome Back and Stay Tune! Faraid : Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Selepas Mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Faraid : Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Selepas Mati

faraid ketahui cara pembahagian harta pusaka setelah mati 2

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan seterusnya.

Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah: 

  1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
  2. Barang kemas (emas, perak dll);
  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
  4. Tanah, kebun, ladang dll;
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Hukum Berkenaan Faraid

faraid ketahui cara pembahagian harta pusaka setelah mati 3

Pembahagian harta pusaka menurut Islam adalah selepas berlakunya kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid.

Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya wajib untuk ditunaikan dan fardu kifayah kepada umat islam, khususnya waris-waris untuk menyelesaikannya.

Siapa yang layak menerima?

Tidak semua yang layak menerima harta pusaka yang ditinggalkan. Hanya sebahagian sahaja yang akan mewarisi harta si mati, sekiranya mereka masih hidup. Allah telah menetapkan bahawa terdapat 25 golongan sahaja yang layak untuk menerima harta si mati, iaitu:

faraid ketahui cara pembahagian harta pusaka setelah mati 4

Pecahan pembahagian harta

Terdapat pecahan bagi pembahagian harta yang ditinggalkan yang telah ditentukan. Pecahan pembahagian adalah seperti dalam gambar di bawah:

faraid ketahui cara pembahagian harta pusaka setelah mati

Kesan tidak melaksanakan faraid

Jika umat Islam tidak melaksanakan atau mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini, dikhuatiri perkara-perkara ini akan berlaku:

  1. Memakan harta anak yatim
  2. Memakan harta saudara mara
  3. Memakan harta Baitulmal

Rujukan:

1. MSWP

2. Addeen



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H4CjRG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.