Gimrama Sumbang Emas Kelima Kepada Kontinjen Negara
GOLD COAST: Skuad gimrama negara menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia melalui acara reben individu oleh Amy Kwan Dict Weng, hari ini.
Pingat emas itu merupakan yang kelima buat Malaysia selepas sembilan hari Sukan Komanwel membuka tirai.
Amy yang memulakan persembahan terlebih dahulu pada final acara reben itu mengumpul 13.200 mata manakala seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan meraih pingat gangsa selepas membuat 12.000 mata.
Pingat perak acara itu menjadi milik gimnas Cyprus, Diamanto Evripidou pada aksi di Coomera Indoor Sports Centre, hari ini.
Keseluruhannya, skuad gimrama mengumpul satu pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa.-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GYHjel
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment