Hi! Welcome Back and Stay Tune! Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah”

"Darah saya naik" - Pandikar 'rayu' gubal undang-undang jaga kesihatan Speaker
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |  Diterbitkan pada April 02, 2018 18:42 MYT
PANDIKAR AMIN: Darah saya naik 178, 180 menahan marah, jika kesihatan Speaker terjejas bolehkah wujudkan insurans atau boleh saman? -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ‘merayu’ Jabatan Perdana Menteri (JPM) menggubal Rang Undang-undang (RUU) menjaga kebajikan Speaker.

Beliau berkata demikian susulan tindakan dan ucapan ahli-ahli Parlimen yang tidak menghormati dan mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat sewenang-wenangnya menggunakan perkataan bohong, pengecut dan sebagainya.

“Kadang-kadang saya jadi bingung perkataan-perkataan yang digunakan oleh ahli-ahli Parlimen... sudah jadi biasa, terpaksa sabar dakwaan terhadap Peguam Negara, itu tuduhan jahat,” katanya ketika sesi penggulungan peringkat dasar RUU Antiberita Tidak Benar 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pandikar meminta JPM menggubal satu RUU jika kesihatan Speaker terjejas dengan mengambil contoh keadaan yang dialaminya sendiri.

“Darah saya naik 178, 180 menahan marah. Jika kesihatan Speaker terjejas, bolehkah wujudkan insurans atau boleh saman?" soalnya.

Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) mencelah meminta Pandikar melepaskan jawatannya bagi menyelesaikan masalah kesihatannya.

“Letak jawatan, selesai masalah,” katanya.

Sementara itu, R Sivarasa (PKR-Subang) menyifatkan perkataan "bodoh" lebih teruk berbanding "bohong".

Dewan Rakyat panas ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menggulung perbahasan peringkat dasar RUU Antiberita Tidak Benar 2018 apabila rata-rata ahli Parlimen pembangkang membantah pewujudan undang-undang itu.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Eflnpk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.