Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Perlekeh Samsung, Ameera Khan Mohon Maaf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Perlekeh Samsung, Ameera Khan Mohon Maaf

isu perlekeh samsung ameera khan mohon maaf

Kredit foto: Instagram.com/littlemisskhan

Melalui sebuah video tular, adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa, Ameera Khan (17 tahun) dikecam kerana memandang rendah jenama telefon terkemuka, Samsung. 

Menerusi video asal berdurasi 1 minit 48 saat di saluran Youtube miliknya itu, Ameera diajukan beberapa soalan secara rawak dimana dia diberi dua pilihan jawapan dan perlu memilih salah satu darinya.

Antara soalan tersebut ialah "iPhone atau Samsung?", lalu dia menjawab "Samsung? Ewww... Apa maksud kamu? Semestinya iPhone".

Ia mencetuskan keberangan terutamanya di kalangan pengguna Samsung. Malah, ramai pengguna Youtube yang melakukan video parodi mengajuk kenyataan tersebut. 

Namun, Ameera yang juga dikenali dengan gelaran Little Miss Khan itu baru-baru ini membuat permohonan maaf di Insta Story atas keterlanjurannya menghina jenama Samsung.

"Saya memohon maaf atas isu Samsung (yang menjadi tular). Ketika saya menjalani penggambaran untuk video itu, saya tidak sedar dan terlalu selesa berada di depan kamera dan kesemua mereka yang berada di situ.

"Saya tidak berfikir secara jelas apabila kenyataan itu keluar dari mulut saya. Saya juga sepatutnya memberitahu mereka (kru) untuk sekurang-kurangnya memotong bahagian itu.

"Saya sedar apa yang saya katakan menyinggung perasaan sebahagian anda di luar sana. Saya sesekali tidak berniat untuk menimbulkan kemarahan sesiapa. Saya menghormati jenama itu (Samsung).

"Selepas ini, saya pasti akan cuba berfikir dengan sopan tentang sifat lucu saya yang sumbang dan memilih untuk berkata sesuatu yang tidak mencetuskan kontroversi atau menyinggung perasaan.

"Sekali lagi, saya meminta maaf dari lubuk hati saya," tulisnya.

Pastinya tindakannya itu menerima respon positif dari netizen. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan, betul tak?

Sumber berita: Instagram.com/littlemisskhan 



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GOhbSO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.