Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib kata mungkin RAMD dibubarkan: Ini ulasan Patriot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib kata mungkin RAMD dibubarkan: Ini ulasan Patriot

Hampir mustahil RAMD dibubarkan, kata Patriot
mk  |  Dikemaskini 1 Apr 2018, 11:50 pagi
Hampir mustahil bagi mana-mana pihak membubarkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kerana ia dilindungi perlembagaan serta sejarahnya yang panjang, kata Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Presiden Patriot, Mohamad Arshad Raji berkata beliau dan pegawai-pegawai yang telah bersara dari RMAD khuatir dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai rejimen tertua dalam angkatan tentera darat itu.

Najib Jumaat lalu dalam satu majlis makan malam bersama anggota polis dan tentera memberi amaran bahawa RAMD mungkin dibubarkan jika rakyat salah memilih kerajaan.

"Kita perlu faham sejarah penubuhan RAMD dan menyedari bahawa hampir mustahil untuk membubarkan atau membuat pengisytiharan yang berlebihan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

"Saya katakan ini dengan niat yang sangat jelas, bahawa tidak ada kerajaan atau mana-mana bakal kerajaan yang mahu membuat perisytiharan sedemikian, bukan hanya atas sebab-sebab sejarah, tetapi lebih penting lagi perkaitan Rejimen Askar Melayu Diraja dengan Raja-raja Melayu ..." kata Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

RAMD ditubuhkan pada 1933 oleh kerajaan kolonial British dan merupakan pasukan tempur infantri tertua dan tertinggi dalam angkatan tentera.
Batalion pertamanya ditugaskan mengadakan upacara kawalan kehormat dan istiadat dalam acara-acara rasmi yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Arshad berkata, kenyataan Najib yang jelas ditujukan kepada pembangkang tidak memberikan petanda yang baik kepada perpaduan negara.

"Walaupun perdana menteri tidak secara khusus menyatakan apa yang dia maksudkan dengan 'Malaysian Malaysia', orang boleh andaikan beliau merujuk kepada parti pembangkang, terutama DAP kerana ia merupakan parti yang menyokong konsep Malaysian Malaysia' sejak 1970-an"

"Parti itu menggugurkan konsep berkenaan sebagai slogan dua dekad lalu, (tetapi) jelas PM menyindir sebuah kerajaan yang dipimpin DAP jika pembangkang menang pilihan raya.

"Kami pasti kenyataan beliau juga akan memperkecilkan raja Melayu," tambahnya.

Semalam, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi jaminan DAP akan mempertahankan RAMD sepertimana parti itu mempertahankan sekolah aliran Cina dan India di negara ini.

Kenyatan politik 

Arshad turut mengulas ucapan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menyeru anggota tentera dan polis menyatakan kesetiaan mereka kepada kerajaan.

"Patriot menyamakan kenyataan itu dengan pernyataan politik, yang mengheret dua pasukan bersenjata ke dalam politik.

"Ini bercanggah dengan tradisi lama bahawa kedua-dua pasukan keselamatan harus menjauhi politik dan berkhidmat kepada Raja dan negara.

"Adalah sukar dimaafkan dan memalukan bagi penulis ucapan dari Kementerian Pertahanan yang tidak tahu mengenai protokol sedemikian," katanya.

* Arshad kata penulis ucapan Panglima ATM amat memalukan dan tidak boleh dimaafkan kerana tidak tahu protokol
Dan rakyat pula mungkin tertanya-tanya siapa pula penulis ucapan PM juga berkait dengan Perlembagaan dan Raja-Raja Melayu


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ip9pvB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.