Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni?

Kerana jumpa Mahathir, 2 ulama dihina
MALAYSIA DATELINE  -  April 2, 2018 7:23 am
Kerana berjumpa sahaja, 2 ulama sudah didakwa tunduk kepada Tun Mahathir.

Kerana bertemu dengan calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), lidah rasmi Pas, Harakahdaily telah melebel dua ulama sebagai tunduk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia berlaku apabila Pengerusi Penasihat AMANAH Ustaz Ahmad Awang dan timbalannya, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin menemui Dr Mahathir baru-baru ini.

Harakahdaily menyiarkan laporan itu berdasarkan tulisan seorang pensyarah sebuah universiti yang menjadi pembodek parti Islam itu yang baru-baru ini didakwa ‘terkucil’ di depan bekas perdana menteri itu.

Bagi Ustaz Wan Ji Wan Husin, ia adalah satu tindakan menghina kedua-dua individu berkenaan oleh Harakah.

Walaupun hasrat ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Samsuddin mahu bergabung tenaga dengan Tun Dr Mahathir yang mahu memastikan BN kalah dalam PRU pada kali ini, pihak Harakah menerbitkan satu tulisan yang menghina dua tokoh ulama Malaysia ini, tulis Wan Ji.

“Bila penasihat umum dan timbalan Penasihat umum PAN sendiri sudah tunduk mengalah kepada Tun Dr Mahathir dalam isu-isu melibatkan aqidah dan syariah” lapor Akhbar milik Pas terbabit.

Sebelum ini, katanya, berkali-kali pimpinan Pas menampilkan perasaan tidak gembira apabila Tun Dr Mahathir kelihatan berjaya menguggat kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.

“Tindakan kelihatan pro Najib Pas ini amat jelas terjadi semenjak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia,” kata Wan Ji.

Dalam keadaan begitu, ramai mendakwa bahawa Presiden Pas tidak bergembira dengan satu video wawancara bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kegembiraan apabila mengetahui Tun Dr Mahathir mahu menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

“Saya sejak tahun 67 lagi nak kuburkan UMNO, (tetapi) tidak mati-mati lagi. tiba-tiba Dr Mahathir nak matikan Umno, jadi Terima kasih banyak-banyak laa”, ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak sukai oleh ramai pemimpin Pas kini, tulis Wan Ji.

Harakah sebelum ini menjadi akhbar alternatif paling popular namun kini sudah hilang bisanya.

Baru-baru ini, 18 kakitangannya diberhentikan selepas tidak mampu lagi menampung perbelanjaannya selepas cetakan dan edarannya jatuh merudum.

Harakahdaily juga telah jatuh merudum dari laman berita nombor dua negara menjelang PRU 13 lalu.

* Bila akhbar kehabisan modal 'copycat' tulisan siPengecut yang berani bertempik bila jauh dari lawan. Memang patut pun akhbar ni nak bungkus!


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GOiP6W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.