Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penuntut Universiti Hilang Akhirnya Pulang, Tapi… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penuntut Universiti Hilang Akhirnya Pulang, Tapi…

PETALING JAYA: Penantian selama 12 hari keluarga seorang pelajar universiti swasta yang hilang akhirnya ternoktah apabila pemuda itu kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Suasana bertukar hiba apabila seisi keluarga yang baru selesai menunaikan solat Asar secara berjemaah melihat Wan Muhammad Muizzudin Wan Mohd Khalid, 19, membuka pintu lalu memeluk ibu dan neneknya pada Rabu.

Abangnya, Wan Muhammad Khalis Wan Mohd Khalid, 22, berkata, mereka sekeluarga berasa terkejut dengan kepulangan adiknya, namun tetap gembira dan bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku terhadap pelajar tersebut.

“Mereka bertiga (adik, ibu dan nenek) menangis dan Muiz meminta maaf kepada mak.

“Muiz cakap dia ke Johor untuk bersendirian,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Kata Wan Muhammad Khalis, dia berulang-alik ke Johor mencari adiknya berdasarkan petunjuk yang diperoleh daripada transaksi bank yang dibuat adiknya sepanjang tempoh ‘kehilangannya’ sejak 16 Mac lalu.

Wan Muhammad Khalis bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci tentang punca adiknya mengasingkan diri daripada keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan mengesahkan perkara itu dan berkata, Wan Muhammad Muizzudin dilaporkan pulang dengan memandu kereta yang dinaikinya pada hari kejadian.

“Dia pulang sendiri ke rumah keluarganya dan pakai pakaian yang dibawa bersama pada hari tersebut,” katanya ketika kepada mStar Online.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca Wan Muhammad Muizzudin meninggalkan kediaman keluarganya sehingga menyebabkan laporan polis tentang kehilangan pelajar berusia 19 tahun itu dibuat pada 17 Mac.

Pada 21 Mac lalu, mStar Online melaporkan Wan Muhammad Muizzudin, tidak pulang sejak keluar dari rumah tanpa ditemani sesiapa pada pukul 10 pagi hari tersebut.

Abangnya, Wan Muhammad Khalis memberitahu bahawa Wan Muhammad Muizzudin memaklumkan ingin keluar menonton wayang kepada ibu mereka, namun jirannya terlihat pemuda tersebut memandu kereta menghala ke Johor.

Wan Muhammad Khalis memuat naik mengenai berita kehilangan adiknya itu di Instagram sebagai ikhtiar untuk mencari remaja tersebut.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JezO0t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.