Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masih ada lagi Kacang Hantu, sape taruk baja hah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masih ada lagi Kacang Hantu, sape taruk baja hah?

* Silapnya PPBM juga pada awalnya. Terima ahli tak bertapis.
Segala sampah sarap dan segala jenis tahi diangkut borong!

Sunday, April 01, 2018
Curiga Dokumen PPBM Kepada ROS, Palsu?
AHLI PPBM Gombak, Mohd Azimin Muhamad (tengah) pada sidang akhbar mengenai kemelut dalam PPBM. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor, mempersoalkan ketulenan beberapa dokumen yang didakwa diserahkan parti itu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ahli PPBM Gombak, Mohd Azimin Muhamad, mendakwa mereka mengesyaki dokumen membabitkan mesyuarat cawangan dan bahagian yang diserahkan kepada ROS pada Khamis lalu, adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin kepemimpinan parti itu boleh menyiapkan dokumen terbabit memandangkan PPBM tidak pernah mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan.
"Kami tidak pasti mengenai (ketulenan) laporan kewangan, tapi jika membabitkan laporan mesyuarat cawangan serta bahagian, itu kami sangat tahu.

"Mana ada mesyuarat di cawangan dan bahagian. Bukan saja di Selangor, rakan kami di Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan juga menyatakan mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat PPBM.

"Jadi, laporan apa yang dihantar kepada ROS? Saya percaya ini satu bentuk penipuan kepada ROS dan pengkhianatan kepada ahli PPBM seluruh negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini, yang turut dihadiri ahli PPBM Shah Alam, Tanjong Karang dan Sepang.

Kelmarin, PPBM dalam kenyataannya, berkata parti itu sudah menyerahkan dokumen membabitkan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti seperti yang dituntut ROS pada Khamis lalu jam 2.45 petang.

Pada 16 Mac lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut ROS, iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan kerana ia belum dan tidak dapat dilaksanakan.
 AHLI PPBM Gombak, Mohd Azimin Muhamad. - Foto Owee Ah Chun
Mohd Azimin berkata, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya, perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

"Pada kami, ini satu manipulasi fakta mesyuarat, pemalsuan minit mesyuarat cawangan dan bahagian serta jenayah kerana menipu jabatan kerajaan.  

"Jika ini pembohongan, pasti ROS akan mengambil tindakan serius terhadap PPBM. Jika sesuatu terjadi pada parti, adakah kami (ahli) akan jadi peminta simpati atau sedekah kepada parti lain dalam Pakatan Harapan?

"Adakah kami akan menumpang DAP atau PKR? Kami ahli PPBM, bukan peminta sedekah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, ahli parti digesa membuat laporan polis berhubung perkara itu, dan dia sendiri akan membuat laporan polis, Selasa depan.  -  sumber


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q17buR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.