DAP Tak Akan Benarkan Dr Mahathir Jadi PM
KUALA LUMPUR – DAP secara terang-terangan hanya menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk memecahkan undi Melayu.
Hakikatnya jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya, DAP sama sekali tidak akan membenarkan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Ini kerana, DAP mempunyai majoriti kerusi dalam PH berbanding kerusi tunggal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Malah, parti itu sejak awal-awal berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan.
Tetapi Dr Mahathir pula berkata, penyerahan kuasa itu perlu dibuat sekurang-kurangnya dua, tiga tahun.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin berkata, Dr. Mahathir, seorang yang obses untuk memerintah – individu yang percaya hanya beliau sahaja yang boleh memerintah negara walaupun telah berkuasa selama 22 tahun.
“Beliau pernah mengancam dan memenjarakan lawannya, mengawal media dan kebebasan bersuara, merosakkan sistem pendidikan, mewujudkan kapitalisme kroni, campur tangan dalam sistem pilihan raya dan menentang badan kehakiman itu dengan menangguhkan Mahkamah Agung, memecat badan kanan kehakiman yang tidak bersetuju dengannya dan mengubah Perlembagaan.
“Dr Mahathir adalah seseorang yang melemparkan tuduhan keterlaluan dan palsu terhadap lawannya. Beliau juga menggelar perdana menteri sebagai pencuri tanpa sebarang bukti, sedangkan hanya pencuri yang percaya semua orang mencuri,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tengku Sariffuddin menambah, sejak Datuk Seri Mukhriz Mahathir kalah teruk dalam pemilihan UMNO 2013, Dr Mahathir telah menyalahkan perdana menteri, lantas melaksanakan misi untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik ini.
“Setelah gagal membuka jalan untuk anaknya, Mahathir kini bekerjasama pula dengan pihak pembangkang kerana terdesak,” ujar beliau.
Berbanding pembangkang, Barisan Nasional pula telah mempunyai trek rekod di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Sejak menerajui kerajaan pada tahun 2009, pendapatan negara kasar Malaysia telah meningkat lebih daripada 50 peratus, mewujudkan 2.7 juta pekerjaan, pengangguran dan inflasi terus rendah serta kemiskinan berkurangan dengan ketara.
Malah, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar pantas, mendorong Bank Dunia meningkatkan pertumbuhan negara tiga kali lebih pada tahun 2017.
Malah, pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9 peratus yang direkodkan Malaysia pada tahun lalu melangkaui ramalan Bank Dunia.
Najib juga memperkenalkan langkah-langkah meluas sejak kemerdekaan dengan memperkukuhkan kebebasan bersuara dan demokrasi dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat yang telah wujud selama lebih dari 60 tahun.
Kebebasan media dipertingkatkan dengan membatalkan sekatan ke atas lesen penerbitan akhbar; Akta Universiti dan Kolej Universiti diperbaharui untuk membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam kegiatan politik.
Akta Perhimpunan Aman telah diluluskan, buat pertama kalinya bertujuan membenarkan hak protes secara aman.
“Perdana menteri telah pun melaksanakan usaha-usaha kesejahteraan ekonomi dan keamanan Malaysia.
“Sehubungan itu, peluang rakyat Malaysia menilai kerajaan di atas prestasi Najib,” katanya. – MalaysiaGazette
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rybgs1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment