Hi! Welcome Back and Stay Tune! NGO Gesa Undi Pakatan Hapus Ketuanan Melayu! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NGO Gesa Undi Pakatan Hapus Ketuanan Melayu!





Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi, Sahabat Rakyat hari ini tanpa berselindung mengeluarkan amanat kepada rakyat Malaysia supaya mengundi parti yang menolak dasar ketuanan Melayu di negara ini.


Sahabat Rakyat dalam kenyataan rasmi dwibahasa Cina dan Inggeris berkata, parti terbabit adalah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).


NGO itu malah menyeru rakyat Malaysia menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun bekerjasama dengan DAP, PKR dan PAN dalam Pakatan Harapan.


“Pada 9 Mei, semua mesti mengundi PKR, DAP dan PAN yang bertanding di bawah logo PKR serta PSM, pilih untuk mengundi calon yang ada keberanian menentang egemonik UMNO dan ketuanan Melayu,” kata kenyataan itu semalam.


Menurut Sahabat Rakyat, Mahathir pula perlu ditolak kerana beliau menjadi wakil kelas birokrat-kapitalis Melayu di Malaysia sepanjang beliau memegang kuasa di negara ini sebagai perdana menteri.


Kata Sahabat Rakyat, Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua bukan untuk menghapuskan dosa dan menyelamatkan Malaysia, tetapi untuk melindungi kepentingan diri, keluarga dan kroninya.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rybhfz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.