Hi! Welcome Back and Stay Tune! TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN?

TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN?. Wah semalam meriah kan dengan update jari kena celup dakwat kekal tu. Almaklum la semalam kan Piliharaya kali ke 14 telah berlangsung. Nampak pilihanraya kali ke 14 ni sambutan hangat dari golongan muda bertambah. Mungkin masing masing bertekad untuk merubah negara ke arah yang lebih baik jadi ramai yang memilih untuk mengundi tahun ni. Alhamdulillah.. anak muda dah mula ada kesedaran tentang pentingnya undian mereka

Gambar Sumber Google

Keputusan PRU 14 memihak kepada pakatan rakyat & Bakal perdana menteri baru kita semua pun Insya Allah iatu Tun Mahathir. Tak sangka kan.. Selepas 14 tahun Tun bersara sebagai perdana menteri ke empat & meletakkan jawatan, kini dalam usia 93 tahun bakal menjadi perdana menteri Malaysia yang ke tujuh. Sungguh kuat aura Tun Mahathir kepada rakyat malaysia sehingga mampu mengalahkan parti kerajaan sebelum ni. tapi tu la tunggu upacara angkat sumpah masih belum berlangsung so Tun Mahathir belum declare sebagai perdana menteri ke 7 la kan? Sekarang kata Mantan PM tunggu keputusan di buat Agong pulak. Hope.. segalanya berjalan lancar. Tiada kejutan yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat jelata. Doakan je lah yer..


Rakyat dah pilih so sama sama kita hormati suara majoriti. tak payah la nak gaduh sampai putus silaturrahim antara kita. Perbezaan parti politik tu letak ke tepi. Harap kerajaan baru ni dapat memberi manafaat kepada seluruh rakyat malaysia yang mengharapkan perubahan yang lebih baik dari sebelumnya. Hope dengan kerajaan baru bebanan rakyat yang di tanggung selama ni menjadi lebih ringan. Kalau tak.. 5 tahun lagi maybe kerajaan bertukar tangan lagi hehehhehehe

Bagi yang tak tahu tentang Tun Mahathir yang satu ketika dulu pernah menjadi Perdana Menteri yang amat di respect oleh dunia.. Dunia kau! Meh la nak info sikit tentang Tun Mahathir

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925) ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau yang cukup dikenali dengan "Tun. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggarasehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajayadan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia

Sumber : Wikepedia

PRU 14 pun dah berakhir.. Rakyat pun dah buat pilihan jadi marilah kita sama sama berdoa Dengan sekembalinya Tun Mahathir memimpin semoga Malaysia terus maju & menjadi negara di segani dunia. 

Moral of the story.. Pada parti yang menang tahniah & pada yang kalah takziah.. Jangan sesedih. 5 tahun akan datang cuba lagi yer. Kadang2 menjadi pembangkang ni mampu membuat sesebuah parti tu improve ke tahap lebih baik. So, takpe la biasakan diri yer jadi pembangkang & cuba perbaiki apa yang kurang tu. Takpe kita semua masih 1 Malaysia. Peace Yo!


✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IvEpOj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.