Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sampai Rasuah Penjaga Syurga, Kata Tun M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sampai Rasuah Penjaga Syurga, Kata Tun M





Tun Dr. Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri dengan mendakwa Datuk Seri Najib Razak akan tetap memberi rasuah walaupun RM1 kepada penjaga pintu syurga.

Bagaimanapun, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu cubaan merasuah itu akan ditolak dan Najib dihantar pula ke penjaga pintu neraka pula.

Sampai macam itu isi ceramah Mahathir sebagai kempen dalam ceramahnya di Malam Semarak Tsunami Rakyat di Keramat, Hulu Klang di sini malam kelmarin.

Walaupun bergurau namun ia dilihat melampau apabila menyentuh soal dunia akhirat.

Mahathir sebelum itu mengulangi isu ‘cash is king’ yang kononnya diamalkan Najib selama ini.

Perdana Menteri keempat itu juga tanpa segan silu memberi pelbagai gelaran kepada Najib seperti perompak, penyangak dan bukan pendekar yang mendapat sorakan hadirin.

Malah, beliau juga cuba mencuit emosi hadirin yang dianggarkan seramai 5,000 orang dengan mengatakan Najib kini hidup dalam ‘ketakutan’ sampai terpaksa mengoyakkan poster gambarnya.

Mahathir juga mendakwa, hasil kajian beliau, Najib telah melakukan 60 kesalahan sepanjang pemerintahannya namun calon Parlimen Langkawi pada PRU-14 itu tidak mendedahkan senarai kesalahan itu.

Selain pimpinan utama PH turut hadir ialah dua veteran UMNO yang baru dipecat, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri  Rafidah Aziz.- MalaysiaGazette



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wtCq8b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.