11 Bukti Penyokong PH Memang "Uneducated"
Seminggu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa, terlalu ramai rakyat Malaysia yang "uneducated". Kenyataan ini dipercayai merujuk kepada kemahuannya untuk menjadi Menteri Pelajaran dan berkemungkinan hasratnya untuk menjawat dua jawatan sekaligus dalam pentadbiran negara hari ini.
Pada ketika beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan, ramai yang tertawa sinis kononnya kenyataan berkenaan ditujukan kepada penyokong Barisan Nasional. Hakikatnya, hari ini kita sudah boleh melihat, siapakah yang "uneducated" sebenarnya. Berikut, 11 senarai pendek dan utama, bukti penyokong Pakatan Harapan memang "uneducated" terutamanya pada tarikh 9 Mei 2018.
1. Bonus
Dalam Manifesto kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, penjawat awam dijanjikan bonus RM 500 yang akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pada ketika itu, ramai yang mendakwa, pemberian berkenaan terlalu kecil dan tidak berbaloi. Kelmarin, kerajaan mengumumkan bonus RM 400 yang akan dibayar sebelum Aidifitri. Soalannya, adakah ianya berbaloi?
2. Tol
Sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 berlangsung, Datuk Seri Mohd Najib dalam ucapannya di Pekan memberitahu, rakyat Malaysia akan menikmati tol percuma di semua lebuh raya, tiga hari sebelum dan dua hari selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, setelah tewas,janji berkenaan terpaksa dilupakan sehinggalah kerajaan mengumumkan pemotongan 50 peratus untuk dua hari sebelum Aidifitri. Mana lagi besar, 5 hari percuma atau pemotongan 50 peratus hanya untuk dua hari?
3. Pinjaman PTPTN
Pada 8 Mac lalu, Pakatan Harapan telah meletakkan agenda memansuhkan pinjaman PTPTN kepada semua pemiutang pinjaman pelajaran berkenaan. Malah, sejak beberapa tahun yang lalu, ianya menjadi antara agenda utama Pakatan Harapan untuk meraih seberapa banyak pengundi muda menyebelahi mereka.
Hakikatnya, baru 21 hari membentuk kerajaan, dua kenyataan berbeza dikeluarkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Pelajaran yang baru. Sebelum ini, mereka yang berpendapatan kurang RM 4,000 dikecualikan dari membayar PTPTN. Semalam,Menteri Pelajaran mengumumkan, tiada pemansuhan pembayaran semula PTPTN dan semua peminjam wajib membayar semula pinjaman berkenaan.
4. Pekerjaan
Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14, Barisan Nasional kerap kali mengingatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam samada berstatus kontrak mahupun tetap, untuk memberikan mandat buat BN meneruskan perkhidmatan mereka sebagai kerajaan. Namun, rayuan berkenaan langsung tidak didengari dan mereka sendiri memberi mandat buat Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
Hakikatnya, sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya, 17 ribu orang penjawat awam yang majoritinya adalah umat Islam yang baru sehari menjalani ibadat Puasa dan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, kehilangan punca pendapatan setelah dipecat serta merta. Malah,sehingga hari ini, jumlah yang telah kehilangan kerja sudah mencecah angka 20 ribu orang dan besar kemungkinan akan bertambah selepas ini.
Lebih mengharukan, janji mereka untuk membentuk 1 juta peluang pekerjaan juga nampak malap setelah begitu banyak projek mega berimpak tinggi untuk negara turut di batalkan. Malah, terdapat ura-ura, lebih banyak lagi agensi berkaitan kerajaan juga bakal ditutup sepenuhnya.
5. Hutang Negara
Ini benar-benar melucukan. sepanjang minggu lalu sehingga minggu ini, pasaran saham negara mengalami kejatuhan mendadak termasuk nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika. Malah, harga runcit petrol yang didakwa akan diturunkan pada RM 1.50 sebaik sahaja Pakatan Harapan memerintah, juga tidak terlaksana.
Semuanya gara-gara "perang mulut" antara Menteri Kewangan dan Perdana Menteri berhubung jumlah sebenar hutang negara. Apa yang melucukan, dua hari setelah memenangi Pilihan Raya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan, ekonomi Malaysia berada pada tahap paling kukuh dengan jumlah Rizab Negara mencecah angka lebih RM 400 bilion.
Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan sendiri turut mengumumkan hutang negara adalah berjumlah RM 686.8 bilion. Namun, keesokan harinya, Perdana Menteri dalam satu sidang media memberitahu, hutang negara mencecah angka RM 1 trilion. Ianya pantas dinafikan Guan Eng keesokan hari dan begitulah terjadinya perdebatan tentang hutang negara sehingga hari ini.
Hal ini telah menyebabkan ramai pelabur mula hilang kepercayaan kepada negara dan mereka bertindak menarik semula pelaburan mereka kepada Malaysia sehingga menyumbang kepada kejatuhan indeks KLSI dan juga matawang Ringgit di pasaran antarabangsa. Hari ini, ekonomi Malaysia masih kekal tidak menentu dan ramai yang menjangkakan, pertumbuhan ekonomi negara bakal terbantut.
6. Felda, Felcra dan Risda
Saban tahun, kerajaan tidak pernah melupakan jasa-jasa pekebun di Felda, Risda dan Felcra dengan memperuntukkan bonus khas buat kesemua peneroka dan pekebun ini yang majoritinya adalah terdiri dari kaum Melayu. Hari ini, kesemua merekabuat pertama kalinya sejak 9 tahun yang lalu, kempunan tanpa ada sebarang peruntukan bonus khas di berikan kepada mereka.
7. Harga barangan asas
Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14, Pakatan Harapan berjanji untuk menurunkan harga barangan asas rakyat yang didakwa melambung naik. Hakikatnya, sejak negara mengecapi kemerdekaan, tidak ada walau satu barang pun mencatatkan penurunan dan ianya diserlah menerusi pentadbiran baru ini apabila tidak ada satu pun penurunan dicatat.
Malah, kerajaan menerusi Menteri Pertanian sendiri mendakwa,kenaikan ini berpunca dari sifat tamak pembekal yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang. Bukankah sebelum ini kerajaan BN turut memberikan alasan yang sama namun penyokong yang "uneducated" ini menafikan dan memperlekehkan keterangan dari kerajaan BN?
8. Projek mega
Bagi memastikan kewangan negara sentiasa cair, kerajaan BN sentiasa merangka pembangunan komprehensif termasuk membawa masuk pelbagai projek mega seperti HSR, ECRL, Pan Borneo dan macam-macam lagi. Benar, projek ini masih dalam proses pembinaan namun apabila siap kelak, jutaan rakyat Malaysia akan menikmati sistem pengangkutan tren dan jaringan lebuh raya yang baik.
Namun, dasar baru kerajaan menyaksikan, pembinaan ECRL hampir sahaja di batalkan. Namun, projek berimpak tinggi seperti HSR dan MRT3 dibatalkan serta merta sehingga menyaksikan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membayar pampasan atas keputusan pembatalan ini. Bukankah ianya satu kerugian besar buat negara?
9. Pakaian seragam
Benar, ianya masih belum lagi digazetkan sebagai satu keperluan dan kewajiban. Namun, tidak tahu dari mana idea ini muncul, guru-guru dicadangkan memakai pakaian seragamnya yang tersendiri bagi membentuk disiplin.Nampaknya, andai ianya jadi kenyataan, Malaysia menjadi satu-satunya negara yang mewajibkan guru mengenakan pakaian seragam. Tiada lagi baju kebaya ketat, baju kurung bunga-bunga di sekolah selepas ini.
10. Cukai
Tidak dinafikan, antara faktor utama kerajaan BN tumbang adalah penolakan rakyat kepada cukai GST yang dikenakan pada kadar 6 peratus. Atas alasan inilah, Pakatan Harapan menggula-gulakan rakyat Malaysia kononnya GST akan dihapuskan sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
Hakikatnya, cukai GST tidak pernnah dimansuhkan cuma ianya dikurangkan pada 0 peratus bermula hari ini. Kenapa perlu dikurangkan? Kenapa tidak dimansuhkanseperti yang mereka sendiri janjikan pada 9 Mei yang lalu?
Lebih melucukan, Malaysia mengambil langkah kebelakang apabila memperkenalkan kembali cukaiSST yang dikenakan pada kadar 10 peratus bermula 1 September ini. Ingin ditanyakan kepada kerajaan dan para penyokongnya, antara angka 6 dan 10, yang mana satu lagi tinggi? Mana mungkin nilai angka ini pun tidak boleh dibeza...
11. Dasar kerajaan
Selama lebih 60 tahun kerajaan BN berkuasa, sebaik sahaja memperolehi mandat dari rakyat, mereka akan terus bekerja untuk rakyat dan negara. Tidak ada masa untuk bersenang lenang terutamanya kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib. Mereka sedar akan tanggungjawab dan melaksanakan segala gerak kerja tanpa sibuk memanggil wartawan setiap hari untuk buat Sidang Media.
Namun, di bawah kerajaan baru ini, setiap petang, ada sahaja sidang media di lakukan. Malah, menersui sidang media berkenaan, pelbagai kenyataan berbelit dikeluarkan sehingga mengelirukan rakyat. Menariknya dalam lebih 20 sidang media ini, langsung tidak disentuh mengenai kebajikan dan perlaksanaan manifesto untuk rakyat seperti yang mereka janjikan.
Apa yang ada hanyalah 3 perkara utama. Siasatan 1MDB, siasatan Datuk Seri Mohd Najib dan SRC International. Ketiga-tiga perkara ini begitu kerap disebut oleh kerajaan baru ini sedangkan 32 juta rakyat Malaysia sedang menunggu, apa tindakan kerajaan baru ini dalam menangani masalah rakyat. Rasanya, tidak ada ada rakyat yang mahu menyambut Aidilfitri dengan berlaukkan 1MDB dan SRC!
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LY5jx7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment