Hi! Welcome Back and Stay Tune! Firmino tiada masalah dengan peranan bersama Brazil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Firmino tiada masalah dengan peranan bersama Brazil

ROBERTO Firmino menjelaskan dirinya tidak berdepan sebarang masalah untuk diletakkan sebagai pilihan kedua di belakang Gabriel Jesus untuk mengetuai barisan serangan Brazil di Piala Dunia 2018.

Penyerang Liverpool itu masuk sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol kedua pasukannya sewaktu menundukkan Croatia 2-0 di Anfield, semalam.

Jesus yang memegang lilitan ketua pasukan dalam aksi itu mengharungi perlawanan yang suram tetapi penggempur Manchester City itu dijangka mengekalkan tempatnya apabila Brazil menghadapi aksi pertama Piala Dunia 2018 bertemu Switzerland pada 17 Jun.

Namun, Firmino dengan tenang berkata dia tidak berdepan masalah dengan keputusan yang dilakukan pengurus pasukan, Tite.

"Saya di sini untuk membantu Selecao," katanya.

"Siapa sahaja yang dipilih Tite, saya 100 peratus menghormatinya dan sentiasa bersedia apabila diperlukan, memberikan sepenuh kudrat buat pasukan."

Dalam masa sama, rakan sepasukan Firmino, Danilo, yang beraksi di bek kanan sewaktu bertemu Croatia dan dijangka mengekalkan tempat di Piala Dunia selepas ketiadaan Dani Alves, yakin pasukannya berada di landasan terbaik walaupun tampak bergelut dalam aksi di Anfield.

"Saya berpuas hati dengan persembahan saya.

"Sangat penting untuk kekal tidak dibolosi dan barisan bawah menjadi selamat, sambil memiliki jentera serangan yang mampu memberikan perbezaan keputusan. Kami di landasan terbaik," ujar Danilo.



Sumber Firmino tiada masalah dengan peranan bersama Brazil

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2svCXST

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.