Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kita Kena Tunggu 385 Tahun Untuk Selesaikan Hutang Negara Dengan Guna Tabung Tin Milo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kita Kena Tunggu 385 Tahun Untuk Selesaikan Hutang Negara Dengan Guna Tabung Tin Milo



Siapa sangka, disaat rakyat menaruh harapan tinggi buat kerajaan Pakatan Harapan untuk membentuk sebuah harapan Malaysia Baru, keputusan yang diambil oleh kaunsil penasihat kerajaan bagi menasihati kerajaan dalam menangani hutang negara, memang cukup mengejutkan.

Umum sedia maklum, anggota kaunsil berkenaan bukan calang-calang orang. Ada yang memegang PhD dan ada juga yang pernah menjaat jawatan tertinggi dalam pelbagai agensi dan syarikat multi international. Namun, logikkah cadangan penyelesaian hutang negara dengan menubuhkan satu tabung khas meminta derma dari kalangan rakyat?

Selama berpuluh tahun negara menanggung hutang untuk membangunkan negara, belum pernah tindakan seumpama ini diambil. Ini adalah kali pertama tindakan berkenaan diambil dengan mengheret sama rakyat kedalam kancah hutang negara yang sepatutnya ditangani oleh pihak kerajaan.

Memang, ianya adalah derma dan terpulang samada rakyat mahu menderma ataupun tidak. Juga, tidak ada jumlah minima ditetapkan namun, langkah ini mengundang tawa bukan sahaja rakyat malah seluruh dunia. Bayangkan, negara yang menghadapi krisis besar seperti Greece, Haiti, Venezuela, Syria, Iraq dan lain-lain lagi, tidak pula menubuhkan tabung untuk menyelamatkan negara.

Semalam, buat kali pertama, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan, sebanyak RM 7 juta berjaya di pungut alam tempoh 24 jam. Jika benar, tahniah diucapkan kerana berjaya menyusahkan rakyat yang sudah terbeban dengan keadaan kenaikan harga barang sekarang ini.

Namun, berapa ramai yang sedar bahawa kerajaan memerlukan 385 tahun untuk menyelesaikan hutang negara yang kononnya mencecah RM 1 trilion sekarang ini? Mari kita buat pengiraan mudah.

Semalam, Lim Guan Eng mengumumkan berjaya mengutip RM 7 juta dalam tempoh 24 jam setelah tabung berkenaan dilancarkan. Katakanlah, kerajaan meneruskan kutipan tabung berkenaan, ini bermakna, dalam setahun, kerajaan berjaya mengutip RM 2.555 bilion (RM 7 juta darab 365 hari).

Mari kita rangkumkan RM 2.555 bilion ini menjadi RM 2.6 juta. Untuk melangsaikan semua RM 1 trilion ini, kerajaan kena kosisten mengutip RM 2.6 bilion setahun dari rakyat untuk melangsaikan RM 1 trilion. Ini adalah pengiraan kasar tanpa mengambil kira, keadaan semasa ekonomi dan tanpa mengira walau 1 persen pun interest (RM 1 trilion bahagikan RM 2.6 bilion).

Tambahan pula, sepanjang tempoh 385 tahun ini, kerajaan dan rakyat langsung tidak boleh membuat sebarang hutang samada di bank-bank tempatan mahupun diperingkat antarabangsa. Jika tidak, jumlah berkenaan akan meningkat dan jumlah tahun untuk melangsaikannya juga akan turut meningkat.

Sekarang, mari kita berfikir sejenak seperti "well educated Malaysian" sejenak. Logikkah kita memerlukan 385 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan tanpa mengambilkira keadaan semasa dan jumlah interest yang bakal ditetapkan oleh pemberi pinjaman? Logikkah Malaysialangsung tidak membuat sebarang pinjaman baru untuk melaksanakan agenda pembangunan?

Paling utama, adakah rakyat perlu membayar sehingga RM 2.6 bilion setahun hanya untuk membayar hutang negara? Apa pula peranan kerajaan dalam usaha mereka membayar hutang negara ini? Inikah langkah jangka panjang kerajaan dalam mengurangkan hutang negara? Andai ya, inilah langkah paling melucukan dalam sejarah peradaban manusia moden yang dicipta oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Inilah yang dikatakan apabila "uneducated" pengundi memilih "uneducated" pemimpin yang memimpin sebuah negara seperti Malaysia. Daripada sebuah negara yang dihormati atas pelbagai dasar yang cukup komprehensif, Malaysia kini bertukar menjadi tajuk ajukan dan lawak jenaka dari kalangan pemerhati ekonomi dan kewangan dalam dan luar negara. Kasihan Malaysia...

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sAhhVv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.