Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Berang Cinta Tidak Lagi Diterima, Lelaki Tembak Mati Bekas Teman Wanita Sebelum Bunuh Diri Sendiri... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Berang Cinta Tidak Lagi Diterima, Lelaki Tembak Mati Bekas Teman Wanita Sebelum Bunuh Diri Sendiri...



Berang permintaan untuk kembali bersama tidak dilayan, seorang lelaki tergamak menembak mati bekas teman wanitanya di luar asrama pelajar perempuan di sebuah universiti, lapor Daily Mail. 

Saspek, Pukkapong Chittarom, 24, sebelum itu dilaporkan sedang mencari mangsa, Natchareeya Thaprajit, 21, di kawasan kediamannya di Bangkok, Thailand, pagi semalam. 

Difahamkan, pasangan itu telah berkenalan lima tahun dan baru-baru mereka sudah tidak lagi bersama dan Natchareeya enggan berdamai dengan suspek. 


Dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan saspek menunggu mangsa di luar pintu asrama sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan. 

Natchareeya dan rakannya yang baru keluar dan dalam perjalanan ke kelas kemudian berhenti selepas ternampak bekas teman lelakinya itu. Mereka berdua bertikam lidah seketika dan mangsa enggan mempedulikan lelaki itu dan mahu meneruskan perjalananan. 

Tindakan mangsa menyebabkan saspek berang lalu mengeluarkan pistol, membuatkan mangsa berhenti seketika sebelum ditembak di bahagian dada yang mengakibatkannya maut serta merta di tempat kejadian. 


Selepas kejadian itu, saspek duduk di sebelah mangsa dan menembak mulutnya sendiri. Bagaimanapun, saspek masih hidup. 

Polis dan pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Bekas teman lelaki mangsa kemudian dibawa ke hospital selepas peluru menembusi pipinya. 



Menurut rakan mangsa, Natchareeya berkata, pasangan itu telah putus hubungan dan Natchareeya enggan berhubung dengan lelaki itu lagi. 

"Mereka sudah mengenali masing-masing lebih kurang empat atau lima tahun, tetapi baru-baru ini mereka bertengkar. Natchareeya mengambil keputusan untuk berpisah dengannya.


"Kami keluar dari asrama pagi ini dan Natchareeya sangat marah apabila ternampak bekas teman lelakinya itu. Dia tidak mahu bercakap dengannya dan hanya mahu pergi ke kelas," katanya yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu. 

"Saya terkejut, saya nampak dia (Natchareeya) ditembak di depan mata saya. Apabila saya nampak dia (saspek) memegang pistol, saya terus lari. Saya tak tahu nak cakap apa, saya tak tahu bagaimana dia tergamak melakukan perkara ini," katanya. 


Anggota polis daerah Phutthamonthon, LT. Col. Kittipon Udomsiripatchara berkata, senjata yang digunakan oleh saspek ditemui di tempat kejadian. Mangsa telah ditembak sekali di bahagian dada dalam kejadian yang berlaku di depan asramanya. 

"Dari siasatan awal yang kita dapati, saspek telah menunggu di situ sebelum menembak mangsa. 


"Selepas kejadian itu, saspek memeluk mayat mangsa dan menembak mulutnya di mana peluru menembusi pipinya. 

"Paramedik membawa saspek ke hospital berdekatan untuk dirawat dan dikawal rapi oleh pihak polis. 

"Polis akan menyiasat kes ini dan berhubung dengan keluarga mangsa," katanya.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HrGCpy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.