“Apa strategi pelaburan hartanah yang patut aku guna?” – Halim
Ramai yang menganggap harga rumah akan turun pada satu hari nanti.
Cuma, anggapan ini salah sama sekali (melainkan hartanah itu dijual bawah nilai pasaran).
Harga hartanah akan terus meningkat setiap tahun. Tak mustahil rumah harga kurang RM100,000 sekarang, naik 2 kali ganda tahun depan.
Kalau terus menunggu, korang sendiri yang akan rugi. Kalau mulakan sekarang, ada lebih banyak peluang yang menanti.
Tapi, apakah strategi yang korang nak gunakan untuk capai matlamat dalam pelaburan ni?
4 strategi pelabur buat untung dengan hartanah
Hari ini, Tok nak kongsikan ilmu pelaburan hartanah Tuan Amir Syahir yang elok pelabur baru hadamkan. Ia berkaitan dengan game plan yang biasa pelabur hartanah buat.
Ini ada 4 jenis strategi yang ramai pelabur gunakan untuk jana untung:
Strategi #1 : Konsep beli dan jual
Ini strategi yang ramai pelabur hartanah gunakan.
Cari dulu hartanah dengan harga yang berpatutan (harga murah). Kemudian, jual balik hartanah itu untuk dapatkan untung.
Ia sama dengan asas perniagaan yang biasa. Beli dengan harga murah, dan jual mahal untuk jana untung.
Ini antara contoh yang senang kita nak faham:
- Cari rumah lelong yang kita mampu nak beli. Rumah lelong terkenal dengan harga yang cukup rendah, dan ia boleh dijual pada harga semasa. Cuma, korang kena cari ilmu tentang hartanah lelong dulu (termasuk cara kira CHKT) kalau nak untung dan tak nak rugi.
- Beli rumah yang sedang dalam pembinaan (underconstruction). Biasanya, pemaju akan jual pada harga bawah nilai pasaran. Beli dulu, kemudian jual rumah ini bila dah siap dibina dan dapat kunci rumah.
Strategi #2 : Konsep beli, simpan, dan jual
Korang semua dah sedia maklum, yang harga hartanah akan terus meningkat dari masa ke semasa, kan?
Ini yang boleh korang buat. Cari dan beli hartanah dengan harga semasa (atau bawah harga pasaran), dan simpan dalam satu jangka masa tertentu. Kemudian, jual balik hartanah ini untuk menjana untung.
Korang boleh gunakan strategi ini. Tapi, buat kajian terlebih dulu.
Kaji kawasan hartanah yang korang beli itu ada potensi untuk naik harga atau tak.
Contohnya, ada tak pembangunan baru (seperti LRT atau MRT) kat kawasan itu? Ini semua akan jadi sebab sesebuah harga hartanah meningkat.
Tak lupa juga. Korang boleh belajar ilmu CHKT. Sebab ada cukai yang kita kena bayar dalam sesebuah tempoh, bila kita nak jual balik hartanah yang dibeli.
Strategi #3 : Konsep beli, baik pulih, dan jual balik
Strategi ini sesuai kita pakai bila beli rumah lelong (atau rumah bawah nilai pasaran).
Pernah dengar tak ayat ini?:
“Fuyoo. Luar macam setinggan. Dalam macam kondo!”
Ada banyak rumah lelong yang dijual murah sebab banyak kerosakan atau terbiar tak terjaga. Tak lupa juga akibat daripada faktor bencana alam.
Korang boleh jana untung dengan beli rumah ini, baik pulih dulu kerosakan yang ada, dan jual balik dengan harga yang lebih mahal.
Strategi #4 : Konsep beli, simpan, dapatkan aliran tunai positif
Ini juga sebuah strategi yang paling ramai pelabur gunakan, dan ia boleh berikan untung berganda untuk jangka masa panjang.
Kita boleh beli rumah lelong (atau rumah bawah harga pasaran), kemudian kita sewakan.
Sebelum guna strategi ini, rangka dulu pelan tindakan dan kaji peningkatan harga hartanah kat kawasan rumah korang.
Dengan ini, korang akan tahu bila masa yang sesuai untuk jual hartanah itu, dan elakkan bayar CHKT yang tak patut.
Pada masa yang sama, kita akan minum air sambil menyelam. Sebab untung sewaan akan terus-menerus masuk dalam akaun bank korang setiap bulan, hingga tiba waktu korang jual hartanah itu.
Nasihat personal Tuan Amir yang wajib anda semat dalam hati
Ada banyak lagi strategi dan teknik pelaburan hatanah yang lain. Jadi, korang tak boleh ikut bulat-bulat game plan orang lain, dan orang lain pula tak boleh ikut game plan korang.
Apa salahnya kita raikan perbezaan? Tak perlu nak cakap game plan kita bagus, dan orang lain tak.
Yang terbaik korang boleh buat, adalah menetapkan matlamat yang korang nak capai. Lain orang, dah tentu lain matlamat. Kemudian, belajar konsep, strategi, atau teknik yang bantu capai matlamat yang korang nakkan itu.
Selain itu, korang juga perlu sesuaikan ia dengan kapasiti ekonomi dan kekuatan kewangan korang sendiri.
Ya, cari ilmu dan belajar dulu. Baru korang boleh tahu nak jana untung, dan elak daripada rugi.
Populasi rakyat Malaysia semakin meningkat naik. Kalau tak berusaha nak beli sekurang-kurangnya sebuah hartanah, kasihan kat anak korang nanti. Persaingan dah tentu bertambah sengit pada masa depan.
Pelaburan hartanah tak sentiasa perlukan modal yang tinggi. Cukup sekadar korang tahu apa yang nak dibuat.
Kalau perniagaan lain ada potensi nak turun, hartanah pula tak. Ia sentiasa akan meningkat pada masa depan.
Kawan sentiasa datang dan pergi dalam kehidupan kita. Jadi, mula berkawan dan ber-networking dengan orang yang berkongsi minat dan matlamat yang sama. Korang tak rugi apa-apa pun.
Orang yang beli banyak hartanah, adalah orang yang kejam?
Betul ke? Jadi, korang sanggup lagi menyewa sampai ke tua?
Bagi Tuan Amir, beliau sanggup lagi menyewa dengan tuan rumah bangsa Melayu. Kita masih ada peluang berunding dengan tentang hal berkaitan sewa rumah.
Kalau tak nak jadi penyewa sampai ke tua, mula ubah gaya hidup korang. Tambah dan jana pelbagai sumber pendapatan.
Ini tak. Asal tiba hari minggu, nak berjalan sana-sini. Habiskan duit gaji dengan beli benda yang kita tak perlu, dan akhirnya, menyesal kemudian hari.
Sementara masih muda ni, kawal perbelanjaan korang.
Kumpul duit untuk dibuat modal pelaburan hartanah, dan tangguhkan dulu kehendak korang. Berjimat cermat dalam berbelanja.
Lepas 5 tahun, keuntungan pelaburan korang tu boleh layan dan bayar kehendak korang. Kan lebih indah begitu?
—
Tok harap, ilmu yang Tok kongsi ini berikan manfaat berganda buat korang semua.
Pengorbanan hari ini adalah modal untuk jana keuntungan pada masa depan. Kalau tak mulakan sekarang, sampai bila pun kita tak akan capai matlamat murni ini. Apatah lagi nak jadi kaya satu hari nanti.
Tok percaya, korang boleh buat dan berjaya satu hari nanti. Teruskan perjuangan. Ganbate!
The post “Apa strategi pelaburan hartanah yang patut aku guna?” – Halim appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JcNA7f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment