Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejam! Bayi Baru Lahir Retak Tempurung Kepala Dibuang Dari Tembok Enam Kaki Oleh Ibu... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejam! Bayi Baru Lahir Retak Tempurung Kepala Dibuang Dari Tembok Enam Kaki Oleh Ibu...


Seorang bayi perempuan baru lahir ditemui dan diselamatkan selepas ditemui dalam keadaan bogel dan masih bertali pusat di China. 

Menurut laporan media, mangsa dipercayai dibuang dari ke halaman berkenaan yang temboknya setinggi enam kaki, sebaik sahaja dilahirkan. 


Mangsa yang ditemui bersama urinya itu pada Jumaat lalu ketika sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, mengalami retak tempurung kepala dan pendarahan di dalam kepala. 

Mangsa ditemui oleh penduduk Kampung Xiade di Bandar Fuzhou daerah Mawei, wilayah Fujian, timur China, yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Mangsa dibawa ke Hospital Fuzhou Mawei untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Fuzhou bagi rawatan susulan yang memaklumkan mangsa mengalami retak di tempurung kepala dan pendarahan di dalam kepala. 




Doktor yang menerima kes itu berkata, ketika mangsa dihantar kepada mereka, bibir mangsa mengalami lebam selain cedera di bahagian paru-paru dan hati. Keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan. 

Menurut segelintir netizen mendakwa, tempat pembuangan bayi itu sebelum ini merupakan kolam ikan yang mempunyai tembok setinggi 6.5 kaki. 


Dakwaan kononnya mangsa dicampak dari ketinggian 6 kaki itu tidak dapat disahkan. Namun, pihak polis yang sedang menyiasat kes itu meminta ibu bapa kepada mangsa tampil menyerah diri. 




Image result for Baby girl is saved after being 'thrown into a filthy courtyard over a 6ft

Selepas kejadian itu viral di media sosial, ramai orang awam yang hadir untuk melawat mangsa. Juga ada segelintir keluarga yang datang dengan harapan dapat mengambil bayi itu sebagai anak angkat. 


Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai ibu kepada bayi berkenaan menghubungi pihaknya. Polis juga tidak menolak, suspek akan didakwa kerana membuang bayi. 

Sumber: Daily Mail


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JaNNYG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.