Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Berkongsi Instagram Stories Dengan Hanya Rakan-Rakan Terpilih Sahaja? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Berkongsi Instagram Stories Dengan Hanya Rakan-Rakan Terpilih Sahaja?

Instagram Stories merupakan salah satu bentuk perkongsian pada Instagram yang membolehkan pengguna menerbitkan gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun, setiap Stories yang diterbitkan boleh dilihat dan ditonton oleh semua rakan-rakan yang mengikut profil anda.

Namun, sekiranya anda hanya ingin memperlihatkan Instagram Stories kepada beberapa rakan terpilih, kini anda boleh melakukannya melalui ciri baru dinamakan Close Friends.

Instagram Close Friends

Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, kini anda boleh membuat senarai Close Friends dengan melawat profil anda, dan tap pada ikon “Senarai” pada bahagian paling atas.

Dihalaman berkenaan, pengguna boleh membuat beberapa senarai dan menambah rakan-rakan yang berkaitan dalam senarai berkenaan.

Instagram Close Friends

Seterusnya, ketika anda membuat Instagram Stories, anda akan diberikan pilihan sama ada menerbitkan ia pada Instagram Stories anda atau hanya kepada “Close Friends”.

Instagram Close Friends

Berbeza dengan perkongsian Instagram Stories biasa, sesuatu Instagram Stories yang ditujukan kepada anda melalui ciri “Close Friends” ini akan membawa lingkaran berwarna hijau.

Instagram Close Friends

Dengan ciri baru ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi anda berkongsi sesuatu Instagram Stories dengan tujukan ia kepada sekelompok rakan-rakan sahaja, dan bukannya untuk semua pengikut anda di Instagram.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ttUCd9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.