Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peneroka FELDA/FELCRA kena “game” dengan kerajaan baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peneroka FELDA/FELCRA kena “game” dengan kerajaan baru

Bonus raya dibayar lewat hanya selepas didesak berkali-kali oleh pembangkang. Dan itupun, hanya RM400 iaitu kurang seratus berbanding dengan kerajaan dulu.

Negara China pengimpot kedua besar minyak kelapa sawit dan getah. Kerajaan baru asyik mengenakan negara China dan batalkan projek mereka dalam usaha berbau politik untuk hantam Najib. Tak mustahil, negara China yang pada tahun lalu janji kepada kerajaan lama nak naikkan impot sawit dan getah sudah tiba-tiba buat u-turn dan kurangkan mengimpot dari kita.

Oleh kerana nak mansuhkan GST, kerajaan baru telah terdesak  dan kembalikan cukai ekspot 5% ke atas minyak sawit bermula bulan Mei walaupun cukai ini sudah dihentikan oleh kerajaan BN dulu pada mula tahun. Cukai ini turut beri tekanan kepada permintaan dan harga minyak sawit Malaysia. Menteri kewangan baru kita macam tidak kisah langsung.

Oleh itu, harga dan jumlah ekspot minyak sawit dan getah telah jatuh 20% sejak PRU-14.

Di atas alasan tidak munasabah, minggu lepas semua negara-negara Eropah telah memutuskan untuk melarangkan semua impot minyak sawit bagi tujuan bahanapi biodiesel pada tahun 2030. Mereka juga memutuskan akan mengurangkan impot minyak sawit bermula tahun ini sehingga tahun 2030.

Kerajaan PH kita langsung tidak bersuara dan membantah langkah kejam gabungan negara-negara Eropah ini macam tidak hiraukan nasib beratus ribu orang yang terlibat dalam industri pertanian utama kita.

Janji manifesto 100 hari untuk menghapuskan semua pinjaman peneroka2 FELDA masih tidak ditunaikan walaupun sudah 5 minggu sejak PRU14.

Sehingga ini, janji ini tidak perhah disebut semula oleh kerajaan baru. Nampaknya tiada niat untuk janji ini ditunaikan. Alasan tipu kerajaan sudah hutang RM1 trilion bakal digunakan . Begitu sahaja janji ini diketepikan.

Masa depan dan nasib pekebun-pekebun kecil, peneroka-peneroka dan ahli keluarg Peneroka FELDA/FELCRA dah kena game dengan kerajaan baru.

Masa depan dan nasib pekebun-pekebun kecil, peneroka-peneroka dan ahli keluarga masing-masing nampaknya semakin pudar selepas BN ditumbangkan.-18/6/2018

Penulis merupakan Presiden NGO Pemantau Kerajaan Baru dan calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO



Sumber Peneroka FELDA/FELCRA kena “game” dengan kerajaan baru

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Kj2Tv8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.