Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang ‘gomen’ letak jawatan. Apa jadi dengan loan LPPSA? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang ‘gomen’ letak jawatan. Apa jadi dengan loan LPPSA?

Bagi yang bekerja dengan kerajaan, cukup rugi kalau korang tak gunakan kelebihan yang ada.

Paling best, bab beli rumah. Korang ada peluang dapat pinjaman 100%, dan siap ada ‘subsidi’ untuk bayar loan rumah lagi.

Apa lagi yang korang nak?

Tapi, jarang-jarang orang berfikir tentang perkara paling buruk yang mungkin berlaku. Hari ni, kita dapatkan jawapan soalan dekat headline atas tu.

Hadamkan perkongsian Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi yang penuh manfaat ni, dan terus mula amalkan lepas habis baca.

Tak kena langkah, anda jemput masalah

Ada kawan saya bertanya:

“Kalau dia letak jawatan dalam kerajaan, apa jadi dengan pembiayaan rumah LPPSA yang dia buat?”

Mungkin ramai yang ada soalan ni. Ini sedikit jawapan yang dapat membantu korang buat keputusan yang baik sebelum korang submit surat berhenti.

Kalau tak kena langkah, korang akan ada masalah.

Saya letakkan contoh angka supaya lebih senang nak faham.

  • Harga rumah = RM500,000 (100%),
  • Kos dokumentasi = RM10,000 (2%),
  • Loan LPPSA = RM510,000 (102%).

#1: Sanggup ke hilang ‘subsidi’ yang tanggung loan anda?

Kalau berhenti kerja kerajaan, loan LPPSA masih boleh diteruskan. Cuma, satu ni je masalah yang korang kena hadap.

Macam yang korang dah sedia maklum, kadar keuntungan (profit rate) dalam kontrak LPPSA adalah 7%.

4% pulak adalah kadar keuntungan efektif selagi korang masih berkhidmat dengan kerajaan.

Kakitangan awam, korang dapat menikmati 3% subsidi yang ditanggung beres oleh kerajaan.

Tapi kalau resign, korang dah tak berpeluang untuk nikmati nikmat duniawi ini.

Subsidi 3% tu akan jadi kenangan terindah korang, dan korang sendiri kena tanggung keseluruhan kadar keuntungan 7% tu.

Satu lagi. Korang tak payah keluarkan kos tambahan yang banyak untuk urus dokumentasi tambahan (sebab pembiaya masih sama), dan pindahmilik (sebab pemilik juga masih sama).

#2: Anda boleh bayar lump sum loan LPPSA kalau…

Teknik ni perlukan korang check dulu kenaikan nilai rumah yang dibeli tu. Kalau ada capital appreciation yang cun, korang boleh refinance untuk dapatkan lebihan cash.

Strategi terbaik untuk korang guna adalah refinance rumah tu lebih awal sebelum letak jawatan. Ini supaya korang tak perlu tunggu 6 bulan slip gaji untuk pekerjaan yang baru.

Kadar keuntungan bank lebih kurang 4.5 hingga 5.5%, bergantung kepada skor kredit korang di mata bank.

Jadi, takde la tinggi sangat kalau nak bandingkan dengan loan LPPSA.

Kalau nilai pasaran rumah tu masih sama (RM500,000), dan korang pulak hanya dapat margin pembiayaan 90% (RM450,000), korang kena top up RM50,000 + RM10,000 untuk settle-kan loan LPPSA.

Bukan tu je. Korang jugak perlu tanggung kos dokumentasi perjanjian loan dengan bank (sebab pembiaya berubah, daripada LPPSA kepada bank).

Korang boleh je masukkan sekali dalam loan baru yang korang buat.

Takde kos tambahan untuk urusan pindahmilik sebab korang masih pemilik asal.

#3: Pasangan juga kakitangan kerajaan? Guna strategi ini

Untung korang. Dah la dia boleh dapatkan pembiayaan penuh untuk rumah tu (tertakluk kepada kelayakan maksimum).

Nak Tok tambah lauk lagi? RPGT, korang tak payah bayar sebab pindah nama kepada pasangan je, bukan orang luar. Korang boleh rujuk dekat sini.

Kos yang korang kena tanggung? Dah tentu kos dokumentasi untuk urusan tukar nama pemilik kepada pasangan korang.

Dan sekali lagi, korang boleh serap kos ni ke dalam loan baru.

Ingat ya. Sebelum korang buat pilihan, buat 4 perkara penting ni dulu:

  • Check nilai pasaran semasa rumah tu,
  • Berapa amaun yang korang perlukan (untuk langsaikan loan LPPSA),
  • Layak atau tak korang buat loan rumah dengan bank (sila jumpa banker),
  • Periksa CCRIS dan CTOS.

Lepas dah buat semua ni, buat solat hajat dan mohon petunjuk. Semoga perkongsian ini membantu.

Nota: Kalau ada maklumat yang salah, mohon maklumkan untuk pembetulan. Saya hanya highlight konsep je. Mungkin ada tambahan atau pengurangan kos tertentu yang saya tak spesifikkan.

Bila dah tau, baru korang rasa berani nak buat, kan? Itu sebab pentingnya ilmu.

Sebelum korang hantar surat letak jawatan tu, fikir dulu masak-masak dan bawa berbincang dengan pasangan (bagi yang dah berkahwin).

Tok tak nak korang menyesal pulak kemudian hari sebab salah buat keputusan. Ini bukan game PS4 yang korang boleh restart balik daripada mula.

The post Orang ‘gomen’ letak jawatan. Apa jadi dengan loan LPPSA? appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nFUiDB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.