Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga maut dalam kemalangan ngeri 3 kenderaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga maut dalam kemalangan ngeri 3 kenderaan


Tiga maut dalam kemalangan ngeri 3 kenderaan|TIGA lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Karak-Temerloh berhampiran Batu 7, Temerloh, hari ini.

Dalam kejadian 9.14 pagi itu, dua lelaki turut parah, manakala seorang wanita dan kanak-kanak cedera.

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata, kemalangan membabitkan treler, pacuan empat roda Toyota Hilux dan kenderaan pelbagai guna Proton Exora.

“Mangsa yang maut adalah dua penumpang Proton Exora dan pemandu Toyota Hilux.

“Ketiga-tiga mangsa maut akibat tersepit dalam kenderaan masing-masing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa.

Katanya, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang parah dan cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

The post Tiga maut dalam kemalangan ngeri 3 kenderaan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lv7lcb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.