Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang

Akibat terlalu ‘dimanja’ dan ditatang bagaikan minyak penuh oleh UMNO selama ini, empat parti di Sarawak yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) disebabkan hilang jiwa berjuang dan tiada semangat setiakawan.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Perseketuan, Datuk Razlan Rafii yang mengecam tindakan itu sambil menyifatkan keempat -empat parti itu sebagai ‘lupa diri’ dan tidak berterima kasih kepada UMNO yang membantu mereka berdepan krisis sokongan sebelum ini

“Dahulu, kalau kawan kita dalam ketandusan sokongan, UMNO lah menjadi sahabat baik membantu mereka.

“Hari ini, UMNO dan parti komponen di dalam kesusahan dan kita melihat, banyak komponen melarikan diri. Inilah sebenarnya dikatakan kacang melupakan kulit dan tiada kesetiaan kepada BN.

“Orang yang tiada jiwa akan melihat kepada harta benda dan kuasa. Mereka tidak layak digelar pejuang kepada rakyat,” katanya seperti yang dilaporkan MalaysiaGazette.

Beliau mengulas tindakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mengumumkan keluar daripada BN, semalam.

Pengerusi BN Sarawak yang juga Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika mengumumkan perkara itu berkata, keempat-empat parti akan mewujudkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan namun tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) dan bergerak secara bebas dengan blok sendiri.

Razlan juga berkata, PRU-14 menunjukkan ‘belang’ sebenar empat parti komponen BN di Sarawak yang hilang rasa tanggungjawab dan kini menuju peperangan sebagai pembangkang.

“Ini lah masalah komponen, apabila UMNO selaku parti terbanyak, menjaga mereka ibarat menantang air yang penuh, manjakan mereka.

“Akhirnya layanan baik UMNO selama ini menyebabkan mereka tidak ada jiwa berjuang dan setiakawan,” katanya.

Kata Razlan lagi, sudah tiba masanya UMNO memberi tumpuan kepada menjadi parti tunggal orang Melayu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

“Kita dapatkan sokongan Melayu.. jadi parti tunggal pejuang Melayu…kembali kepada asas sebenar,” katanya lagi.-13/6/2018



Sumber BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JWQ2LM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.