Gayung bersambut... Zahid alu-alukan Ku Li bertanding
Berikut adalah kenyataan media Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi mengulas mengenai pengumuman Tengku Razaleigh Hamzah menawar diri bertanding jawatan Presiden UMNO sebentar tadi.
Pengumuman Tengku Razaleigh Hamzah suatu bukti komitmen bahawa semua jawatan dalam UMNO terbuka untuk ditandingi. Ini memperlihatkan Umno lebih demokratik.
2. Umno tidak harus terbelah dua seperti terjadi pada tahun 1987 biarpun keterbukaan diterjemahkan semula pelaksanaannya.
3. Umno harus terus diperkukuhkan biarpun kekecundangan telah membaluti prestasi dalam PRU 14 dengan menerapkan semangat bekerja sepasukan.
4. Keutamaan untuk menjaga jemaah UMNO lebih penting dari sesuatu jawatan yang ditandingi. Kerana sesuatu jawatan kelak merupakan suatu amanah dan bukan habuan politik. UMNO kini terkeluar dari gelanggang kekuasaan.
5. Tempoh berkempen tidak harus dijadikan pentas untuk membunuh perwatakan calon-calon yang menawarkan diri. Ianya hendaklah dilakukan secara persahabatan dengan semangat ukhuwah.
6. Saya sangat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk kelak menerima siapa sahaja yang menang untuk membentuk kepimpinan UUMNO yang kuat.
7. Kita hendaklah menjadikan pertandingan ini dengan niat untuk menghadapi seteru politik di luar sana dan bukan mencipta permusuhan sesama sendiri.
8. Jangan jadikan 'menang jadi arang dan kalah menjadi abu' sebagai tunjang pertandingan ini.
Sumber Gayung bersambut... Zahid alu-alukan Ku Li bertanding
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JU4Kmw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment