Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua Hakim Negara letak jawatan... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua Hakim Negara letak jawatan...

Akhirnya... seperti desakan pemimpin 'agung' DAP Lim Kit Siang, dua hakim kanan negara pada Rabu mengumumkan letak jawatan.

Mereka adalah Tun Md Raus Sharif yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga meletakkan jawatan sebagai Presiden Mahkamah.

Kemudian Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) setelah mempertimbangkan surat peletakan jawatan yang disampaikan padanya  7 Jun yang lalu mengambil keputusan untuk menetapkan tarikh penamatan perkhidmatan Raus dan Zulkefli pada 31 Julai ini.

Kedua-dua mereka terdahulu menyampaikan hasrat melepaskan jawatan itu pada 15 Mei yang lalu.

“Pada 15 Mei 2018, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah bertemu dengan YAB Perdana Menteri (dan telah menyampaikan hasrat Yang Amat Arif-Yang Amat Arif untuk meletakkan jawatan.

“Selaras dengan pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2018 dan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai 2018,” kata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menerusi kenyataan media hari ini.

Kit Siang sebelum ini mendesak Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletak jawatan bagi menamatkan ‘krisis perlembagaan’.

 "Peletakan jawatan dari Md Raus sebagai Ketua Hakim dan Zulkefli sebagai Presiden Mahkamah Rayuan membolehkan satu permulaan yang tepat untuk pembaharuan kehakiman dan undang-undang yang sangat diperlukan di negara ini," katanya Kit Siang.

Pada 2017, Pakatan Harapan mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan dalam pelantikan semula Md Raus dan Zulkefli.-13/6/2018



Sumber Ketua Hakim Negara letak jawatan...

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tgcd8p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.