Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perutusan Hari Raya Aidilfitri Zahid…jangan mudah terpancing timbulkan perpecahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Zahid…jangan mudah terpancing timbulkan perpecahan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini mengingatkan umat Islam supaya jangan mudah terpancing dengan perbezaan sehingga menimbulkan perpecahan.
 
Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO itu kata amat penting kita tanamkan kepada generasi muda agar sentiasa bertoleransi terhadap perbezaan, jangan memaksakan kehendak yang belum tentu kebenarannya.
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menyeru rakyat Malaysia khususnya umat Islam memperkukuhkan ukhwah hubungan sesama insan Hari Raya Aidilfitri ini.
 
Menurutnya jalinan ukhwah mampu memelihara keharmonian umat yang pelbagai latar kehidupan, budaya, keturunan dan pegangan agama untuk sama-sama membina negara.
 
 
BERIKUT IALAH PERUTUSAN DATUK SERI ZAHID HAMDI SEMPANAHARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M
 
 
 
Bersama gema takbir, saya dan keluarga serta teman-teman seperjuangan ingin mengucapkan salam eid-fitr yang penuh mulia dan barokah kepada seluruh pucuk pimpinan tertinggi dan warga besar UMNO di semua peringkat cawangan, bahagian, negeri dan nasional.
 
Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan salam Eid at-Fitr kepada seluruh rakyat di mana jua anda berada yang saya yakini sentiasa memberi sokongan kepada kami dalam meneruskan perjuangan suci demi memertabatkan agama, bangsa dan tanah air.
 
Sesungguhnya kehadiran Aidilfitri ni juga merupakan nikmat besar dari Ilahi kerana kita berkesempatan mengerjakan ibadat berpuasa serta membayar zakat fitrah sebagaimana yang dituntut oleh ajaran kita Islam yang syumul dan maha suci. Ia juga merupakan perundangan agar kita sentiasa memperkukuhkan ukwah tali persaudaraan sesama Muslimin dan Muslimat.
 
Malahan ia turut merangkumi asas yang satu, kemurnian kerohanian. kebenaran, keadilan, kebijaksanaan melestari budaya ilmu membina kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
 
Sewajarnya dalam kita melalui semangat kehadiran syawal selepas mengerjakan ibadat berpuasa, bertahmid, berzikir dan bertarawih dalam sebuah jemaah suci tanpa melupakan witir dalam selawat kepada baginda junjungan Rasulullah SAW, saya mengundang saudara-saudari untuk memperkukuhkan ukhwah hubungan sesama insan sambil berikrar memperbaiki setiap kealpaan dan kesilapan diri tanpa melupakan nikmat serta kebesaran Allah SWT.
 
6. Dengan penuh rendah diri saya mengajak saudara dan saudari sekalian untuk kembali membina iltizam kita meneruskan perjuangan di bumi bertuah ini berpaksikan kepada kejujuran hati suci mentarbiahkan keesaan Ilahi dan bersama menyalakan obor suci agama Islam yang kita anuti bersama.
 
Saya yakin dengan memperkukuhkan jalinan ukhwah sesama Muslimin dan Muslimah, kita juga tetap memelihara keharmonian umat yang pelbagai latar kehidupan, budaya, keturunan dan pegangangan agama, untuk kita sama sama membena negara agar sentiasa terpelihara dari sebarang musibah dari kekihlafan insaniah.
 
Oleh itu, amat penting kita tanamkan kepada generasi muda agar sentiasa bertoleransi terhadap perbezaan, jangan memaksakan kehendaknya yang belum tentu kebenarannya.
 
Menjadi Muslim yang sentiasa merangkul bukan memukul, mengajak bukan mengejek, sentiasa mendidik bukan mengherdik dan yang sentiasa bertoleransi akan perbezaan, kerana perbezaan itu indah jika mengambil kira dari segi positifnya.
 
Sesungguhnya pengajaran terpenting adalah perdamaian itu harganya sangat mahal.
 
Oleh itu, jangan sampai mudah terpancing dengan perbezaan sehingga menimbulkan perpecahan.
 
Semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa dan agama dijemput bersama menyambut Aidilfitri bersama umat Islam sebagai lambang perpaduan.
 
Yang jauh itu waktu,
Yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
Yang indah itu saling memaafkan. 
(Imam Al-Ghazali)
 
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
DATUK SERI DR ZAHID HAMIDI. 
Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO. 
 
14/6/2018
 


Sumber Perutusan Hari Raya Aidilfitri Zahid…jangan mudah terpancing timbulkan perpecahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2t723aV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.