Ibu Paling Kejam
Ibu Paling Kejam|PENGUTIP sampah tidak menyangka objek yang disangka anak patung di dalam sebuah plastik di tapak pelupusan sampah dekat Kampung Bukit Lat, Dungun, hari ini adalah mayat bayi lelaki.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui wanita warga Kemboja, Suji Amin, 39, pada 2.30 petang ketika sedang mengutip sampah di tapak pelupusan itu.
Suji berkata, kebiasaannya dia akan membuka setiap bungkusan sampah untuk memeriksa jika ada sisa buangan yang boleh dikitar semula atau dijual.
“Namun, saya terkejut apabila plastik sampah yang saya koyak hari ini berisi mayat bayi lelaki yang disangka anak patung pada mulanya.
“Saya sudah enam tahun mencari rezeki dengan mengutip sampah di sini, dan menemui anak patung yang dibuang itu satu perkara biasa.
“Tetapi ini kali pertama saya menemui mayat bayi,” katanya yang sedih dengan penemuan itu.
Katanya, dia yang menggigil ketakutan melihat mayat itu kemudian memaklumkannya kepada dua rakannya, Noriati Hamzah, 49, dan Sazlina Ismail, 40.
“Saya kemudian memaklumkan kepada pihak pengurusan tapak pelupusan yang berada di lokasi sebelum mereka memaklumkan kejadian kepada polis.
“Berdasarkan keadaan mayat bayi itu, saya percaya ia sudah beberapa hari meninggal dunia dan dibuang ke dalam tong sampah awam sebelum diangkut lori dan dibuang ke tapak pelupusan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menyalurkan kepada pihak polis
The post Ibu Paling Kejam appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sEo4gg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment