Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Tahan Sakit, Jari Nyaris Hancur Tersepit Mesin Pengisar Daging.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Tahan Sakit, Jari Nyaris Hancur Tersepit Mesin Pengisar Daging..



MIRI: Seorang pekerja lelaki menahan kesakitan kira-kira 30 minit apabila jarinya nyaris hancur tersepit ke dalam mesin pengisar ketika sedang mengisar daging di sebuah restoran di Jalan Kenyalang Piasau Utara, Miri pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Jimmy Suhaili berkata, ketika kejadian lelaki tempatan berusia 20-an itu sedang mengisar daging.


Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Ketika sedang leka memasukkan daging secara tiba-tiba jari mangsa tersepit pada mesin pengisar tersebut.


"Mangsa kemudian memaklumkan kepada majikannya sebelum menghubungi pihak bomba dan penyelamat bagi mendapatkan bantuan kecemasan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jari pekerja lelaki tersepit mesin pengisar daging. - Foto ihsan JBPM

Tambah Jimmy, pihaknya terpaksa membuka dan meleraikan beberapa bahagian mesin tersebut untuk membantu mengeluarkan jari mangsa.


Bagaimanapun, tidak dilaporkan tahap kecederaan dialami mangsa dan lelaki itu kini menerima rawatan di Hospital Miri.

Jari pekerja lelaki tersepit mesin pengisar daging. - Foto ihsan JBPM




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sDWq2Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.