Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peminat Sanggup Bida Harga RM13.13 Juta Untuk Sesi Makan Tengah Hari Tertutup Bersama Hartawan Pelaburan, Warren Buffet. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peminat Sanggup Bida Harga RM13.13 Juta Untuk Sesi Makan Tengah Hari Tertutup Bersama Hartawan Pelaburan, Warren Buffet.



OMAHA: Seorang pembida rahsia sanggup membayar AS$3.3 juta (RM13.13 juta) dalam satu lelongan untuk sesi makan tengah hari tertutup bersama hartawan pelaburan, Warren Buffet.

Image result for A fan paid $3 million for a lunch with Warren Buffett—

Dana yang diperolehi menerusi lelongan dalam talian selama lima hari di eBay akan diberikan kepada badan kebajikan Glide Foundation di San Francisco yang membantu golongan miskin, gelandangan atau ketagihan dadah.


Bajet tahunan Glide digunakan untuk menyediakan 750,000 makanan percuma, tempat perlindungan, ujian HIV dan Hepatitis, latihan pekerjaan, khidmat penjagaan kanak-kanak serta program selepas sekolah.

Ia adalah harga sesi makan tengah hari ketiga paling mahal, sejak Buffet yang juga Pengerusi syarikat Berkshire Hathaway Inc. di Amerika Syarikat ini mula menawarkan sesi itu 19 tahun lalu.


Rekod tertinggi dicapai pada 2012 dan 2016 dengan harga AS$3.45 juta (RM13.72 juta).

Lelongan tahun ini menyaksikan 136 bidaan daripada enam pembida, sehingga ia ditutup, malam semalam.


Buffet, 87, berjaya meraih AS$29.6 juta (RM117.75 juta) untuk Glide menerusi 19 lelongan. - Reuters




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HlezrJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.