Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Konon Wang Kiriman Ditahan Pihak Kedutaan Kerana Perlu Membayar GST.” Suri Rumah Hilang RM38,000 Ditipu Kenalan Facebook Dari AS.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Konon Wang Kiriman Ditahan Pihak Kedutaan Kerana Perlu Membayar GST.” Suri Rumah Hilang RM38,000 Ditipu Kenalan Facebook Dari AS..



KUANTAN: Rasa teruja untuk menerima wang USD20,000 (RM79,630) menyebabkan seorang suri rumah kerugian RM38,000 yang kononnya sebagai bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menuntut wang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supritendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 42 tahun yang beralamat di Raub itu mendakwa wang tersebut dikirim rakannya dari Amerika Syarikat yang dikenali menerusi laman sosial Facebook pada bulan lalu.


"Mangsa kemudiannya berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan suspek yang mendakwa terharu mendengar kisah mangsa ingin memberikan wang USD20,000 sebagai duit belanja, yang mana mangsa bersetuju untuk menerimanya. 

"Suspek kemudiannya mendakwa telah membuat transaksi, namun wang tersebut ditahan pihak kedutaan kerana perlu membayar GST sebelum mangsa boleh mendapat wang itu," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat. 


Mohd Wazir berkata bagi tujuan itu, mangsa telah membuat pindahan wang bermula 17 Mei lalu ke dalam dua akaun berbeza yang diberikan suspek sebanyak beberapa kali hingga berjumlah RM38,000 sebelum menyedari dirinya ditipu. 

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub pada Khamis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. - Bernama




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2svK919

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.