Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Satu Sen Pun Tak Payah Bayar.” Kerajaan Dapat Tajaan Rm30 Juta Sepenuhnya Siaran Piala Dunia 2018.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Satu Sen Pun Tak Payah Bayar.” Kerajaan Dapat Tajaan Rm30 Juta Sepenuhnya Siaran Piala Dunia 2018..



GEORGE TOWN: Kerajaan Persekutuan telah mendapat penajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta bernilai RM30 juta bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi saluran RTM, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan persekutuan tidak akan membelanjakan satu sen pun untuk siaran langsung Piala Dunia 2018.


"Kita telahpun memperolehi tajaan daripada syarikat-syarikat swasta sebanyak RM30 juta dan mereka akan dapat pulangannya dengan iklan iaitu iklan-iklan syarikat tersebut akan disiarkan semasa siaran langsung Piala Dunia diadakan.

"Selain itu setiap penonton juga akan dapat menjimatkan bayaran sekurang-kurangnya RM100. Ini kerana kalau kita hendak lihat permainan ini mesti bayar lebihan RM100 dan sekurang-kurangnya mereka boleh jimat dengan bayaran itu," katanya kepada pemberita di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, Ahad.


Guan Eng berkata, pihaknya turut menerima kritikan apabila hasrat kerajaan untuk menyiarkan siaran eksklusif Piala Dunia 2018 itu yang membabitkan nilai RM30 juta sedangkan kerajaan turut melancarkan kutipan derma menerusi Tabung Harapan Malaysia.

"Kita ada juga terima kritikan mengapa kita mengenakan wang untuk siaran ini tetapi pada masa yang sama kita pula adakan Tabung Harapan. Ini yang kita telah jelaskan tapi mungkin tidak disiarkan dengan lebih jelas bahawa sungguhpun kita keluarkan RM30 juta, tetapi kita akan dapat balik wang 30 juta ringgit daripada iklan-iklan dari tajaan syarikat -syarikat swasta," katanya.


RTM dijadual menyiarkan 27 perlawanan secara langsung dan 14 perlawanan menerusi siaran tertunda sepanjang kejohanan bola sepak selama sebulan itu. - Bernama

VIDEO:





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2kQw5eG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.