Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Ramai Peminat Yang Nak Bergambar Dengan Mat Sabu.’ Mat Sabu Terima Sambutan 'Luar Jangka' Di Singapura.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Ramai Peminat Yang Nak Bergambar Dengan Mat Sabu.’ Mat Sabu Terima Sambutan 'Luar Jangka' Di Singapura..



SINGAPURA: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak menjangka masyarakat umum di Singapura turut mengikuti perkembangan politik di Malaysia.


Image may contain: 4 people, suit

Bernama difahamkan bahawa ketika kunjungan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, ke Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat, beliau dikerumuni jemaah yang terdiri daripada rakyat tempatan dan asing untuk merakam gambar bersamanya.


"Saya tidak menjangkakan sambutan sebegini. Saya tidak sangka mereka mengikuti perkembangan politik tanah air kita," kata Presiden Parti Amanah Negara - satu daripada empat parti komponen Pakatan Harapan - ketika ditanya tentang sambutan luar jangkaan itu.


Mohamad tiba di republik ini sejak Jumaat lalu bagi menghadiri Dialog Shangri La (SLD) edisi ke-17 yang sedang berlangsung di sini.

Beliau merupakan menteri Kabinet Malaysia yang baharu selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan lepas.

Rata-rata, gambar-gambar bersama masyarakat di sini dapat dilihat dikongsi di media sosial.


"Salam Jumaat. Haji Mohamad bin Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia di Masjid Sultan Singapura tadi. Seorang lelaki yang sederhana," menurut sebuah laman Facebook yang turut memaparkan gambar pemimpin itu.

"Seorang pemimpin berjiwa rakyat. Alhamdulillah," tambahnya.

Sambutan terhadap beliau di Masjid Sultan tersebut turut dilaporkan akhbar Berita Harian Singapura.

Sambutan sama turut dirasai beliau di Shangri La Hotel di mana dialog tiga hari itu berlangsung.

Difahamkan Mohamad akan dihampiri oleh peserta, malah pekerja hotel untuk merakamkan gambar bersamanya.


"Selepas makan malam pada Jumaat, kami pulang ke bilik agak lewat kerana melayani permintaan bergambar 'peminatnya' yang menahan beliau di lobi hotel," menurut seorang daripada pegawai pengiring beliau.

Bernama turut menerima tempias apabila rakan media asing di sini turut bertanya sama ada penulis berpeluang untuk menemu ramah Menteri Pertahanan itu.

"Kamu dapat slot temu ramah beliau? Pukul berapa? Boleh kami ikut sama? Jangan risau kami tidak ganggu temu ramah kamu.. kami hanya mahu bergambar," itu adalah antara permintaan rakan media di sini.

Mohamad akan berlepas pulang hari ini selepas pertemuan bersama Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2kPXayw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.