Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jenazah bonda Sultan Johor dijangka tiba malam ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jenazah bonda Sultan Johor dijangka tiba malam ini

JOHOR BAHRU: Jenazah bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), malam ini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata ketika ini jenazah Almarhumah sedang diiring di dalam pesawat peribadi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dari London dan dijangka sampai di LTAS pada 10.30 malam.

"Istiadat Pemakaman akan dilaksanakan pada hari esok. Tuanku Sultan Johor memperkenan jenazah Almarhumah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, sebaris dengan makam Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim," katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata segala persiapan bagi Istiadat Pemakaman telah disempurnakan dan ketibaan jenazah Almarhumah malam ini akan disambut Sultan Ibrahim, kerabat damping, Jumaah Majlis Diraja Johor, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, barisan exco kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

Beliau berkata pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor akan mengusung jenazah turun dari pesawat dan disambut Sultan Ibrahim dan kerabat sebelum disemayam di van jenazah Jabatan Agama Islam Johor untuk diiring ke Istana Besar.

BACA: Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat

-- BERNAMA



Sumber Jenazah bonda Sultan Johor dijangka tiba malam ini

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2M81fKP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.