Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

"Apa-apa keputusan pun saya akan terima dengan reda sebagai ketentuan oleh Allah SWT. Alhamdulillah," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp apabila ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya itu pagi ini.

Dalam satu kenyataan bertarikh 4 Jun yang dikeluarkan oleh Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi selaku Peguam Negara oleh Kerajaan Malaysia.

Wan Ahmad Dahlan berkata Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara menurut Artikel 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara untuk menggantikan Mohamed Apandi, 68, yang diberikan cuti tanpa rekod selama 30 hari sejak 15 Mei, 2018.

BACA: Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

Pada 14 Mei lepas, Dr Mahathir berkata Mohamed Apandi sudah diarahkan bercuti dan Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek mengambil alih tugas beliau berkuat kuasa serta merta.

Mohamed Apandi, anak kelahiran Kelantan dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan.

--BERNAMA



Sumber Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sRq8S4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.