Hi! Welcome Back and Stay Tune! ADAKAH KESALAHAN IMIGRESEN MUSA AMAN HENDAK DIDIAMKAN SAJA? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ADAKAH KESALAHAN IMIGRESEN MUSA AMAN HENDAK DIDIAMKAN SAJA?

Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang menghilangkan diri sejak Mei lalu akhirnya kembali ke tanahair semalam.
Beliau disahkan berada di London untuk mendapat rawatan kesihatan di sana dan kemudian dirujuk ke sebuah hospital di Singapura yang mana dilaporkan telah menyimpan rekod kesihatannya sejak 30 tahun lalu.
Daripada Singapura, beliau kembali ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan terus dimasukkan ke sebuah hospital di situ.
Ketua Pengarah Imigresen,  Mustafar Ali mengesahkan kembalinya Musa Aman ke dalam negara semalam adalah tanpa memerlukannya hadir di kaunter pemeriksaan imigresen berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Bagaimanapun, kata Mustafar lagi, ketibaan Musa Aman telah dimaklumkan kepada pihak polis dan SPRM untuk tindakan selanjutnya.
Musa Aman sebelum ini dilapor melarikan diri ke London pada 17 Mei lalu berikutan krisis perlantikan Ketua Menteri Sabah yang menyaksikan beliau hanya memegang jawatan itu selama beberapa hari sebelum diambil alih oleh Shafie Apdal.
Beliau dikehendaki polis berhubung ugutan jenayah terhadap Yang Dipertuan Negeri Sabah, selain disiasat SPRM berkaitan dakwaan menyogok beberapa Adun negeri itu.
Berhubung tindakan Musa Aman melarikan diri ke London itu, Mustafar Ali pada 27 Mei lalu mendakwa, bekas Ketua Menteri Sabah itu didapati tidak mengikut sistem dan undang-undang Jabatan Imigresen bagi urusan keluar masuk negara jika benar beliau telah berada di luar negara.
Kata beliau, tiada rekod menunjukkan Musa Aman keluar meninggalkan negara dalam tempoh terdekat ini dan kali terakhir pasport diplomatiknya digunakan ialah pada 10 April lalu.
Kata Mustafar lagi, jika Musa Aman meninggalkan negara tanpa melalui pintu yang diwartakan, perbuatan itu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Imigresen, manakala kalau gagal mengemukakan pasport untuk meninggalkan Malaysia pula, ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 2 Akta Imigresen.
Sekarang Musa Aman sudah kembali ke tanahair, tetapi bagaimana beliau meninggalkan negara ini tetap merupakan suatu misteri.
Malah beliau disahkan pergi ke London dan kemudian ke Singapura sebelum kembali semula ke dalam negara.
Meskipun Musa Aman ketika ini dilaporkan berdepan masalah kesihatan, apakah kesalahannya meninggalkan negara secara misteri itu harus didiamkan saja?
Kenapa Jabatan Imigresen hanya memaklumkan kepada pihak polis dan SPRM saja tentang tibanya Musa Aman ke dalam negara, tetapi mengapa tidak bercakap langsung tentang kesalahannya di bawah Seksyen 5 dan Seksyen 2 Akta Imigresen?
Apakah kesalahannya melanggar undang-undang Imigresen hendak didiamkan begitu saja?
Mustafar….beritahulah kepada kami rakyat jelata selaku pembayar cukai mengenai bagaimana Musa Aman meninggalkan negara sebelum ini?
– https://ift.tt/HB7gd4


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wgnpDy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.