Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rumah warga emas rentung pada pagi Aidiladha - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rumah warga emas rentung pada pagi Aidiladha

Kejadian berlaku kira-kira 5 pagi semasa tuan rumah menggoreng ayam untuk dijadikan juadah hari raya.
Tiga jentera bomba dengan 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.10 pagi.
KUANTAN: Sepasang warga emas tidak sempat meraikan sambutan Aidiladha hari ini selepas rumah mereka di Tanjung Api di sini, musnah dalam kebakaran pada pukul 5 pagi tadi.
Pasangan itu Zainun Abdul Rahman dan Jusoh Mohammad, kedua-duanya berusia 60 tahun, juga tidak sempat menyelamatkan dokumen penting kerana api marak dengan cepat.
Menantu pasangan itu, Hairullah Razali, 28, berkata kejadian berlaku kira-kira 5 pagi semasa Zainun sedang menggoreng ayam untuk dijadikan juadah hari raya.
“Tiba-tiba letupan berlaku diikuti api. Saya segera mengejutkan anggota keluarga yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri… semua pakaian dan juadah raya musnah.
“Sedih juga mengenangkan nasib keluarga mentua yang tinggal sehelai sepinggang di pagi raya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul berkata 3 jentera dengan 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.10 pagi.
Katanya, kebakaran berjaya dikawal setengah jam kemudian dan punca kebakaran sedang disiasat. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MIcuwC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.