Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada komplot halang Anwar jadi PM, kata Wan Azizah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada komplot halang Anwar jadi PM, kata Wan Azizah

 | August 22, 2018
Beliau turut menolak sebarang kemungkinan wujud perbalahan dalam parti itu.
Wan Azizah Wan Ismail melambai tangan selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Pandan, hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menegaskan tiada komplot dalam PKR untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.

Beliau turut menolak sebarang kemungkinan wujud perbalahan dalam parti itu.
“Wujud komplot? Tiada…itu semua karut,” katanya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Pandan, hari ini.
Isnin lalu, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan mempersoalkan kesetiaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali terhadap Anwar.
Kesavan tidak yakin jika Azmin benar-benar mahu Anwar dilantik sebagai perdana menteri kerana Azmin didakwa tidak menyuarakan sokongan terhadap Anwar, yang diumumkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peraturan baru untuk semua calon pemilihan
Sementara itu, Wan Azizah turut menafikan peraturan baru PKR menghalang calon pemilihan parti itu daripada mengadakan ceramah dan menganjurkan jamuan makan dengan kehadiran lebih 100 orang, hanya ditujukan kepada individu tertentu.

Beliau menegaskan peraturan itu terpakai untuk semua calon demi keadilan.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan PKR memperkenalkan beberapa peraturan ketat baru untuk calon pemilihan parti itu.

Pemilihan PKR 2018 akan bermula 14 September sehingga 13 Oktober ini.
Dalam pada itu, Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Pandan meminta rakyat Malaysia bersatu membantu kerajaan terus membangunkan negara.

“Kita (Pakatan Harapan) dah menang. Kita nak mengisi kemenangan dengan kemerdekaan. Kita perlu menjadikan ia kerajaan yang berjaya selepas 61 tahun.
“Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk bersatu dalam memastikan negara bergerak menuju hala yang betul,” katanya


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Lh6LsN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.