Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple MacBook Pro Baru Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Harga Bermula RM7499 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple MacBook Pro Baru Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Harga Bermula RM7499

Apple Malaysia kini dilihat telah pun mula menawarkan komputer riba terbaru mereka, MacBook Pro. MacBook Pro baru ini telah diperkenalkan pada bulan lepas, dimana ia kini menawarkan kemaskini cip pemprosesan, selain turut hadir dengan beberapa penambahan spesifikasi lain.

MacBook Pro hadir dalam dua variasi, iaitu model 13-inci dan juga 15-inci. Apple mengatakan versi 15-inci menawarkan prestasi lebih 70% berbanding generasi sebelumnya, sementara untuk model 13-inci ia menawarkan prestasi berganda berbanding generasi lepas.

MacBook Pro

Melalui generasi baru ini, selain cip pemprosesan baru dan memori sehingga 32GB RAM, Apple juga kini menyertakan paparan Retina yang dilengkapi sokongan paparan True Tone, selain penggunaan cip Apple T2 untuk penawaran sokongan “Hey Siri” pada Mac dan juga sekuriti yang baik.

Papan kekunci juga turut diberikan nafas baru, dimana kini ia lebih senyap berbanding generasi lepas.

Di Malaysia, MacBook Pro dengan skrin bersaiz 13-inci dan TouchBar ditawarkan pada harga bermula RM7499, sementara model bersaiz 15-inci dengan TouchBar ditawarkan pada harga bermula RM9999.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MqCkBM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.