Hi! Welcome Back and Stay Tune! Firefox Hadir Dengan Eksperimen Baru Untuk Mencadangkan Anda Artikel Seterusnya Untuk Dibaca - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Firefox Hadir Dengan Eksperimen Baru Untuk Mencadangkan Anda Artikel Seterusnya Untuk Dibaca

Mozilla hari ini telah hadir dengan Test Pilot baru dinamakan Advance, yang mana melaluinya ia mempelajari kaedah pelayaran web anda, dan seterusnya mencadangkan artikel yang sesuai untuk anda baca atau web untuk anda layari seterusnya.

Melalui Advance, ia akan memaparkan sebuah sidebar yang memperlihatkan cadangan laman untuk dilayari berdasarkan laman yang sedang anda baca pada sesuatu masa. Seperti biasa, Mozilla mengatakan cadangan akan terus bertambah baik dengan pembelajaran mesin dari hari ke hari untuk mempelajari kaedah pelayaran anda.

Buat masa ini, cadangan yang dipaparkan dilihat adalah daripada laman-laman popular berbahasa Inggeris sahaja, dan mungkin tidak begitu mesra untuk pengguna yang inginkan artikel berbahasa lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Advance ini hari ini melalui laman Firefox Test Pilot.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KB66C4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.