Qualcomm Menjadualkan Acara Media Pada 10 September – Pelancaran Cip Baru Untuk Jam Tangan?
Qualcomm hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk beberapa media antarabangsa, bagi menghadiri sebuah acara media yang dijadualkan pada 10 September kelak.
Jemputan berkenaan menggunakan gambar sebuah jam tangan, sekaligus memperlihatkan Qualcomm mungkin memperkenalkan cip pemprosesan baru dibawah siri Snapdragon Wear yang menyasarkan peranti boleh-pakai.
Qualcomm sendiri sebelum ini telah mengatakan bakal hadir dengan sebuah cip pemprosesan baru dengan kuasa pemprosesan lebih baik dan masa penggunaan bateri lebih efisyen. Ini juga selari dengan langkah Google yang kini memfokuskan kepada penawaran sistem operasi jam tangan pintar melalui apa yang dipanggil WearOS.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 10 September ini untuk melihat apakah penawaran cip Snapdragon Wear yang baru kelak.
Hmmm. Just got a save-the-date from Qualcomm. Wonder what's happening September 10? pic.twitter.com/HVeJrVSo2k
— Michael Fisher (@theMrMobile) August 7, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OUvnea
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment