Apple Menang 52 Paten Termasuk FaceID Untuk Mac Dan Juga Rekaan Untuk Kedai Apple
Apple sebelum ini cukup terkenal dengan meniru atau juga mencuri paten dari syarikat lain. Hari ini, Apple telah menang sebanyak 52 paten termasuk FaceID untuk Mac dan juga rekaan untuk kedai Apple.
Ura-ura mengenai iPad Pro sebelum ini telah memperlihatkan ia adalah iPad pertama dengan sokongan FaceID. Disebabkan Apple seperti tidak akan kembali kepada pengimbas cap jari – Mac juga akan datang turut akan menyokong teknologi pengecaman wajah FaceID yang popular pada iPhone X.
Selain daripada FaceID untuk Mac, panel skrin Mac akan datang turut akan menyertakan satu sensor yang membenarkan pengguna membuat kawalan gesture untuk mengawal Mac. Ini adalah satu perkara yang unik.
Lebih mengejutkan, Apple turut menang Paten untuk kedai Apple. Di mana dari imej paten tersebut memperlihatkan bagaimana penyusunan sebuah paparan skrin dan beberapa produk Apple. Apple turut mempatenkan ruang memaparkan produk dan juga cara penggunaan perabot di kedai Apple.
Lain-lain paten yang Apple menang adalah, sebuah peranti elektronik dengan diafragma penyejukan, penstriman masa nyata atau hampir masa nyata, sensor cahaya ambient menerusi anggota badan manusia, rekaan antaramuka untuk pembayaran dan banyak lagi.
Akhirnya, syarikat yang mencecah nilai $1 Trilion ini berjaya menang paten tersendiri tanpa perlu meniru atau mencuri paten dari syarikat lain.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2M6TLum
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment