Google Dijangka Hadir Dengan Pembantu Maya Untuk Memotivasikan Anda Cergas Melalui Google Coach
Google sedia mempunyai penawaran Google Fit yang memfokuskan kecergasan, dan kini gergasi internet berkenaan turut diperkatakan bakal hadir dengan sebuah lagi penawaran baru yang mungkin dikenali sebagai Google Coach.
Google Coach ini dikatakan akan memfokuskan kepada menambah-baik kesihatan dan kecergasan anda. Ia akan berfungsi sebagai sebuah pembantu maya – atau jurulatih maya anda dalam sentiasa memastikan anda aktif dan melakukan aktiviti sihat. Disamping itu, melalui sokongan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, Google Coach ini dikatakan akan turut mempelajari gaya hidup anda dan mengingatkan anda untuk sejumlah perkara, termasuk mengira langkah perjalanan anda setiap hari, memastikan anda minum lebih banyak air, serta mencadangkan anda makanan lebih sihat.
Google Coach dijangka akan lebih memfokuskan kepada penawaran di Wear OS, tetapi diperkatakan turut boleh digunakan pada telefon pintar.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat desas-desus dan tidak diketahui lagi bilakah Google akan melancarkannya secara rasminya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MqxHLj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment