Google Umum Android 9 Pie (Go Edition) Untuk Peranti Berspesifikasi Asas
Google pada awal bulan ini telah pun mengumumkan pengenalan Android 9.0 Pie yang menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama-sama dengannya. Kini, selain daripada versi penuh Android, Google hari ini turut mengumumkan pengenalan Android 9 Pie (Go Edition) yang ditujukan kepada peranti berspesifikasi asas.
Pengenalan versi baru ini adalah kesinambungan daripada Android Oreo (Go Edition) yang telah dilancarkan sebelum ini. Sejak dilancarkan, sejumlah peranti telah dilancarkan dengan spesifikasi asas dan memori sekitar 1GB RAM, termasuk daripada Nokia dan Wiko untuk pasaran Malaysia.
Selain daripada memori, peranti Android Go juga sering hadir dengan skrin HD atau VGA, pilihan storan bermula 4GB, dan turut hadir dengan sokongan rangkaian 3G atau 4G. Google sendiri menyediakan sejumlah aplikasi yang dioptimasikan untuk Android Go ini yang mampu beroperasi diluar-talian dan tidak menggunakan ruangan storan yang tinggi.
Melalui Android 9 Pie (Go Edition), Google menjanjikan masa boot yang lebih pantas, sokongan sekuriti ditambah-baik, lebih banyak ruangan storan untuk digunakan pengguna, dan juga sebuah halaman khusus untuk memantau penggunaan data anda.
Google turut mengatakan sekitar 100 pengeluar menyasarkan untuk melancarkan peranti Android Go mereka menjelang penghujung tahun ini.
Baca : Apakah Android Go Edition? – 6 Perkara Menarik Yang Perlu Diketahui
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PcABSp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment