Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM: K’jaan sudah cuba sedaya upaya tunai janji, tak akan minta maaf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM: K’jaan sudah cuba sedaya upaya tunai janji, tak akan minta maaf

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan sepuluh janji dalam masa 100 hari mentadbir negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya berkata benar, (walaupun) nampak 100 hari tidak seperti apa yang kita harapkan. Kita sudah cuba sedaya upaya,” katanya kepada pemberita di Parlimen pagi ini.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk menunaikan apa yang dinyatakan manifesto HARAPAN pada PRU ke-14.

“Ia bukan mudah kerana kita berada dalam kedudukan janggal, kita tiada maklumat cukup untuk benar-benar tahu masalah, kemudian kita dapat tahu betapa besar masalah yang ada.

“Saya tidak memberi alasan,” katanya lagi.

Presiden PKR itu bagaimanapun berpuas hati apabila salah satu janji, Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) – yang merupakan fasa pertama program caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah – sudah pun dimulakan.

Ia adalah program bawah porfolionya sendiri iaitu kementerian wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OCoGwi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.