Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alibaba Melancarkan Kenderaan Autonomi Logistik L4 – Mula Diuji Di Jalanraya Hangzhou - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alibaba Melancarkan Kenderaan Autonomi Logistik L4 – Mula Diuji Di Jalanraya Hangzhou

Jika semalam kita telah mendengar mengenai Alibaba yang membangunkan cip neural AliNPU yang dikhususkan untuk sebarang projek berkaitan kecerdasan buatan, pada hari kedua acara The Computing Conference di China mereka telah berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan kenderaan autonomi logistik mereka yang boleh menghantar barang iaitu L4.

Dibawah seliaan Alibaba AI Labs, kenderaan autonomi logistik mereka dibangunkan dengan integrasi bandar pintar City Brain yang turut dibangunkan oleh Alibaba. Menurut mereka, adalah penting untuk mempunyai jalanraya pintar dan dengan integrasi City Brain, sensor-sensor yang terdapat di bandar akan turut berkomunikasi dengan kenderaan ini, sekaligus membantu kenderaan ini melakukan keputusan yang penting.

Mengambil contoh jika terdapat kenderaan yang laju dan melanggar lampu merah, sensor pintar yang dipasang pada lampu isyarat akan mengesan kenderaan tersebut, dan menghantarkan maklumat kepada kenderaan autonomi ini, meskipun lampu hijau telah dinyalakan. Dibawah keadaan ini juga, ia secara tidak langsung menjamin keselamatan pejalan kaki dan tiada sebarang ‘fault-tolerance’ dibenarkan.

Kenderaan autonomi logistik ini hadir dalam bentuk seakan van, tanpa sebarang ruang pemandu dan mempunyai paparan di kedua-dua belah kiri dan kanan yang membolehkan pengguna yang mahu menghantar barang berinteraksi dengannya. Terdapat integrasi TMall Genie, membolehkan arahan suara diberikan kepadanya.

Pihak AI Labs turut menyatakan yang mana tidak semua kawasan perlu dilengkapkan dengan solusi pintar ini. Mungkin hanya di bandar-bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai, memerlukan solusi pintar menyeluruh namun kenderaan autonomi logistik ini masih boleh pergi ke kawasan luar bandar tanpa masalah.

Mengakhiri pengumuman ini, mereka juga telah menerima kebenaran dari pihak berkuasa tempatan untuk mula menguji dua unit kenderaan autonomik logistik ini secara terus di jalan raya bandar Hangzhou.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PPS8Q3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.