Xiaomi Menjelaskan Kenapa Iklan Dipaparkan Dalam MIUI
Jenama Xiaomi semakin terkenal kerana hadir dengan telefon pintar pada harga yang sangat mampu dimiliki. Contoh paling mengejutkan adalah Pocophone F1 – iaitu peranti RM1299 yang dijana dengan Snapdragon 845. Tetapi disebalik harga yang murah ini, pengguna perlu menghadapi iklan yang dipaparkan dalam MIUI
Iklan di dalam MIUI? Jika anda menggunakan mana-mana peranti Xiaomi, anda akan sedar di dalam aplikasi sekuriti ataupun di dalam tetapan peranti akan terdapat iklan yang dipaparkan. Ramai yang tidak gemarkan iklan kerana ia mengganggu dan menjengjelkan. Menurut Xiaomi, iklan adalah perkara penting dalam perkhidmatan dalam talian mereka dan iklan juga merupakan kunci utama dalam modal perniagaan.
Menurut Xiaomi lagi, mereka akan kekal memberi pengalaman penggunaan yang baik dengan memberi pilihan untuk mematikan paparan iklan dan pada masa yang sama – mereka akan memperbaiki lebih baik cara iklan dipaparkan. Ini kerana, falsafah mereka kepada pengguna adalah – iklan seharusnya tidak mengganggu dan pengguna diberi pilihan untuk memaparkan jumlah iklan yang sedikit.
Nampaknya, harga telefon pintar Xiaomi yang murah ini ada udang disebalik batu. Tetapi, pada harga yang murah – pengguna sepatutnya bersyukur dan paparan iklan adalah satu yang kecil yang harus diterima.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pqm8XG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment