Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Dating Dilancarkan Di Colombia Untuk Memudahkan Pengguna Bertemu Jodoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Dating Dilancarkan Di Colombia Untuk Memudahkan Pengguna Bertemu Jodoh

Cara bertemu pasangan berubah dengan drastik sejak wujudnya internet dan pelbagai aplikasi peranti pintar. Zaman dahulu surat dihantar bagi mengenali isi hati dan kemudian berubah ke panggilan telefon. Saya sendiri secara peribadi tidak melalui zaman ini kerana bertemu isteri menerusi laman media sosial. Di Colombia, Facebook Dating telah dilancarkan semalam bagi pengguna laman media sosial terbesar dunia ini untuk mencari jodoh.

Fungsi mencari jodoh ini diumumkan oleh Facebook ketika acara F8 Mei lalu. Ia bukan aplikasi berasingan seperti Tinder tetapi terbina terus ke dalam aplikasi Facebook sedia ada. Menerusi Facebook Dating, pengguna akan mempunyai profil berasingan dari akaun utama yang membenarkan 12 gambar di muat naik. Aplikasi kemudian memadankan pengguna dengan individu lain yang sesuai di dalam lingkungan 100 kilometer. Kesemua saranan yang diberikan adalah pengguna Facebook lain yang tidak di dalam senarai rakan pengguna.

Untuk menunjukkan minat, pengguna hanya perlu menghantar soalan. Ini menurut Facebook akan meningkatkan interaksi antara pengguna tidak seperti Tinder yang hanya memerlukan skrin ditatal ke kanan sekiranya berminat. Selagi mesej yang dihantar tidak dijawab, profil penuh tidak dapat dilihat bagi mengelakkan masalah stalking. Gambar juga tidak boleh dihantar sekali lagi untuk mengelakkan penyebaran imej yang boleh dianggap lucah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pru6j1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.