Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Kini Membenarkan Pemuzik Memuat Naik Karya Tanpa Melalui Syarikat Rakaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Kini Membenarkan Pemuzik Memuat Naik Karya Tanpa Melalui Syarikat Rakaman

Terdapat lebih daripada 50 juta lagu boleh distrim menerusi Spotify. Tetapi bagi peminat muzik di Malaysia, terdapat banyak album klasik pemuzik tempatan yang masih tidak boleh ditemui pada platform ini. Ini adalah kerana Spotify perlu berurusan dengan syarikat rakaman dan pemegang hak cipta terlebih dahulu.

Industri muzik telah berubah dan kini ramai pemuzik indie tidak terikat kepada syarikat rakaman. Bagi pemuzik seperti ini mereka kini boleh terus memuat naik karya terkini tanpa perlu melalui syarikat rakaman menerusi Spotify for Artists. Pemuzik yang memuat naik sendiri muzik akan menerima potongan keuntungan 50% dengan setiap lagu yang distrim yang kemudian royalti disalurkan terus ke akaun peribadi pada hujung bulan.

Tiada bayaran dikenakan dan pemuzik bebas memuat naik sebanyak mana karya yang dihasilkan tanpa had. Spotify berharap ini akan memberikan pemuzik kebebasan untuk berkarya dan bagi peminat pula dapat mendengar lagu terkini pemuzik kegemaran dengan lebih mudah. Fungsi ini masih di dalam peringkat Beta dan pemuzik perlu dijemput terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan fungsi ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xA97iL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.